TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, August 7, 2011

LAGI TINGGI KEDIAMAN, LAGI LAMBAT BERBUKA

Mohammed Al-Qubaisi, ulamak terkenal Dubai memfatwakan bahawa, penghuni di tingkat-tingkat atas bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa perlu berpuasa lebih panjang lagi kerana waktu berbuka mereka adalah lebih lambat dari yang di bawah kerana mereka melihat matahari lebih lama dari yang di bawah.

Menurut Al-Qubaisi, mereka yang tinggal melebihi dari tingkat 80, perlu melambatkan dua minit manakala mereka yang tinggal di tingkat 150 dan ke atas perlu melambatkan tiga minit masa berbuka mereka dari yang menghuni di tingkat bawah sekali.

Menara Burj Khalifa menempatkan 160 tingkat kediaman.


4 comments:

HHaalem said...

Kalau macam ni Bro, duduk kat Gunung Ledang lambat la berbuka.:-)

Nak buka penuh la kat tingkat bawah. Lif jam. Aduhai:-)

TENGGARA is SOUTHEAST said...

HH,
Berbuka dulu baru balik.

amieiezam said...

betul la tu, cuba tgk waktu berbuka puasa bagi cameron highland, bukit bendera, bukit larut. lebih kurang lewat 2 minit

Keris Jentayu said...

Apalah susahlaaaaaaaah..dekat nak buka lari turun bawah sekali..kah kah kah...manusia maaa!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI