KJ hari ini mengadu kepada Minsider, menafikan bahawa dia pernah jadi orang tengah antara Pak Lah dan Nuar. Nampaknya khabar-khabar angin sebelum ini, seperti ada kebenarannya. Apatah lagi, sekiranya perkhabaran tersebut merupakan sebahagian dari kabel diplomatik yang diberitahu oleh Duta Amerika Syarikat James R. Keith kepada kerajaannya. Biasanya perkara-perkara yang bersangkutan dengan sokongan terhadap Anuar yang dibuat oleh US adalah benar belaka. Ko tepis la KJ.
Keith memberitahu US bahawa Abdullah mengekalkan kontak dengan Anwar menerusi Khairy sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009 dan dakwaan ini disahkan oleh Chua dan Sivarasa ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha-setiausaha politik secara berasingan pada 3 dan 5 November 2008. Malahan anggapan KJ sebagai orang tengah juga dibuat oleh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Sekiranya semua perkara ini adalah benar, maka jelas Pak Lah yang cuba membuat persekutuan dengan Anwar tidak mempunyai kepercayaan terhadap ahli-ahli UMNO dalam usaha untuk mengekalkan kuasanya. Mungkin inilah yang diwarisi oleh KJ. Pak Lah dan KJ tersilap percaturan sekiranya membuat perkiraan bahawa sekiranya mereka bekerjasama dengan Anuar, mereka akan dapat mengekalkan kuasa.
Apa yang kurang jelas di sini ialah apakah ini percaturan politik Pak Lah atau KJ. Kalau dinilai kepada prestasi Pak Lah yang lepas, nampaknya semua ini adalah percaturan bodoh KJ yang diikuti dengan bodoh juga oleh Pak Lah.
Apakah yang membuatkan KJ bertindak sedemikian rupa? Apakah ada janji-janji manis dari Anuar? Atau apakah KJ digoda si Izzah……? Wajarlah KJ meninggalkan UMNO sebelum UMNO menghalaunya keluar dengan hina sekali.
1 comment:
Assalama Bro
Saya kalau apa2 berita yang timbul dari anak beranak Dollah ni 101% pun saya tak percaya... Cuba jawab macamana pengganggur macam KJ tu boleh jadi kaya raya?... Siapa hantar passport Anwar Bro?
Post a Comment