TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, August 26, 2011

MAZLAN ALIMAN CARI DUIT RAYA DI FELCRA

Dimana adanya Melayu yang hidup senang kerana dibantu oleh agensi kerajaan, disitulah adanya Mazlan Aliman, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS.
Di FELDA, Mazlan bergerak sebagai ANAK. Orang FELDA banyak duit, hidup senang lenang, namun masih ada lagi yang tak sedar diri dan lupa daratan. Nak jadi lebih senang lagi, kasi duit kat ANAK, saman FELDA.

Manakala di FELCRA, Mazlan bergerak sebagaj BAPA. Baru-baru ini, FELCRA mengumumkan pembayaran dividen yang tinggi kepada peserta FELCRA. Sikit punya cepat Mazlan bertindak, terus BAPA masuk FELCRA. Sapa tak puas hati dengan FELCRA yang dah bantu menjadikan tanah mereka berhasil dari semak samun sebelum ini, boleh kasi duit kat BAPA, suruh BAPA saman FELCRA. 

Untung betul, jadi ANAK dapat duit, jadi BAPApun dapat duit. Kalau langau, di mana ada bangkai, di situlah ada langau menghurung, begitu juga dengan si Mazlan ni, di mana ada Melayu berduit, kat situ le yang dia serbu.

Kalau semua yang dibuat oleh agensi pembangunan tanah kerajaan tak pernah betul, selaku Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS, apa idea yang dah dibuat untuk menambahbaikkan ekonomi melalui tanah kepada rakyat negeri Kelantan yang dah lebih 20 tahun PAS perintah? Jangan salahkan kerajaan pusat pulak, kerana hal tanah bawah tadbir kerajaan negeri. Aku tengok Kelantan yang luas dan banyak tanah tu, rakyatnya merempat merata tempat mencari nafkah. Buatlah satu agensi memajukan tanah dan ekonomi rakyat Kelantan dan tunjukkan kepada FELDA serta FELCRA. Jangan cakap aje dan hanya tahu mencari ruang-ruang kesilapan dalam kejayaan yang dah terbukti.

Mazlan cakap, mereka akan menggerakkan saman besar-besaran terhadap FELCRA selepas raya ni. Jadi mana-mana yang tak puas hati boleh bagi duit kat Mazlan untuk saman FELCRA. Kalau tak menang saman tu nanti, anggaplah duit tu sebagai duit raya untuk Mazlan. Perghhh..... dapat le beraya sakan tahun ni.

5 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Apakah bodohnya orang Melayu, itu muka macam penyamun pun nak percaya.. bilalah nak terbuka mata dan minda mereka ni????

usin said...

nak kasi panas, saman mamat ni balik. dlm 100 bilion ke, bg terduduk sampai terpaksa gadai spender. cariklah ruang2 yg boleh disaman. mesti dpt punya. lgpun felcra kan bnyk duit, upah la peguam yg terbaik didunia...hehehe

Anonymous said...

kerajaan kata felcra nak membantu org susah tp kenapa ada yg dapat dahulu di buangkan namanya..org bergelar dato yg mempunyai ladang sawit berhektar pun dapat felcra..tok empat plak siap bg felcra untuk anak2 dia skali..org yg memerlukan buat x tau je..pemimpin kawasan plak bg pada kroni2 dan saudara mara yg dah kaya..korang pk la yek..wlupun aku tulis singkat2 je

Anonymous said...

Mazlan Aliman patut ditanam di tujuh petala bumi. Jenis anak peneroka malas nak mampus! PAS di Felda hanya menjadi pemecah ummah bukannya penyatu. Sendiri pemalas nak usahakan tanah ladang bapak kemudian salahkan FELDA itu pun setelah usaha pneroka tanam semula sawit mendatangkan hasil.

Bodoh tahap gaban manusia ni! Sama macam jiran aku yang bertanding atas tiket PAS. Nasib baik tak hilang wang pertaruhan.

Anonymous said...

klu felda x salah x kan ramai warga felda nak saman felda...duit yg sepatutnya dpt x dpt ke kita..cam ner nak buat tu..nak biar je org ambik hasil ke?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI