TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, August 26, 2011

BALIK KAMPUNG LE.....


Hari ni mana anak-anak yang bersekolah dah mula bercuti. Mak bapakpun ramai yang esok dah mula tak kerja. Angin balik kampong dah bermula.
Mungkin sekarang ni pun dah ada yang bergerak balik ke kampong. Aku yakin lepas berbuka nanti lagi ramai yang akan memulakan perjalanan.

Penulis Tenggara Is Southeast mengucapkan Selamat Pulang dan Selamat Hari Raya. Diharapkan dalam kegembiraan untuk pulang ke kampong tu, berhati-hati lah semasa memandu. Memandu dalam bulan puasa ni kalau lepas berbuka nanti ngantuk kekenyangan, kalau memandu siang hari pula mengantuk kerana perut kosong. Yang penting ialah jangan gopoh gapah untuk sampai. Patuhi segala peraturan jalanraya, bertimbangrasa dan hormat menghormati sesama pengguna jalanraya.

Yang menaiki perkhidmatan awam pula, pastikan agar sampai awal ke terminal agar tidak terlepas dari jadual perjalanan tiket yang telah anda beli. Awal sikit keluar tidak mengapa, maklumlah dalam semua orang sibuk bergerak, kita tidak dapat menjangka mungkin kesesakan lalulintas akan berlaku untuk kita ke terminal.

Kepada semua pembaca Tenggara is Southeast, saya mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua selama ini hingga menambahkan lagi semangat untuk saya menulis walaupun dalam tempoh sebulan yang terakhir ini, tiga kali blog menghadapi masalah.

Sekiranya terdapat apa-apa penulisan saya yang menyinggung, saya memohon ampun dan maaf dan kepada sekeliannya, sekali lagi, SELAMAT PULANG KE KAMPUNG DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kepada yang dah memang berkampung di bandar tu, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  aje le.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI