TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, August 20, 2011

TSU KOON TERDESAK GILA

MInsider hari ini melaporkan bahawa bekas KM Pulau Pinang, Tsu Koon bengang gila bila kejayaan ekonomi Pulai Pinang tidak dikreditkan kepadanya, sebaliknya dengan mudah diambil oleh Guan Eng, walhal Guan Eng baru aje memerintah Pulau Pinang.

Sebenarnya Tsu Koon tak perlu masuk bakul angkat sendiri. Apa yang penting sekarang ialah apabila rakyat dah tak suka, apapun yang dibuat oleh kita dahulu, rakyat dah tak nampak. Tak perlulah lagi nak mengungkit-ungkit apa yang dah dibuat dahulu hanya untuk menyambung nyawa politik yang dah mati.

Perkara paling utama di Pulau Pinang ialah, rakyat Pulau Pinang dah tak dapat terima Tsu Koon lagi. Jadi jalan terbaik ialah Tsu Koon berundur dan duduk diam-diam. Bagi orang lain menerajui Gerakan dan BN Pulau Pinang. Cukup-cukuplah dengan apa yang dah disumbangkan terhadap Gerakan, BN dan rakyat Pulau Pinang. Tak perlu lagi menyalak ke hulu-ke hilir, nanti bermacam lagi andaian orang akan keluar dan akan lebih menyukarkan lagi BN untuk merampas kembali Pulau Pinang.

Berjaya atau tidaknya apa yang telah kita lakukan, bukan sepatutnya dinilai oleh diri kita sendiri. Kalau kita benar dan ikhlas, masa akan menentukan dan sejarah akan mengiktiraf kita. Rakyat Pulau Pinang, terutamanya Cina, dah tak boleh terima kepimpinan Tsu Koon. Maka, jalan terbaik ialah jadi orang tua pencen dan duduk diam-diam. Jangan semakin menyulitkan lagi keadaan untuk BN merampas kembali Pulau Pinang.

Apakah Tsu Koon terdesak sangat dan kepingin untuk jadi KM Pulau Pinang sekali lagi? Kalau tidak, lebih baik berundur.

3 comments:

HHalem said...

Kalu Lim chong Eu pula tuntut dia yg bangun PP, mcm mana pulak eeh?

Kalu cikgu sekolah tuntut, depa yg menjadikan PakMenteri la ni mcm na ehh?

Kalu PM dolu-dolu tuntut depa yg bangunkan Mesia mcm mana ehh?

TENGGARA is SOUTHEAST said...

HH,
Depa semua tak tuntut sebab nawaitu depa betul. Buat kerja ikhlas, bukan untuk disanjung atau dikenang.

Anonymous said...

Salam Tuan Tenggara...

TS Koh Tsu Koon...Sudan terkena penyakit yang sama dengan Pok Nik Aziz...ia itu penyakit SNLG atau " Syndrome Not Letting Go.."

Susan nak ubat...melainkan mandi tujuh Longkang 7 malam Jumaat Bulan Mengambang...


ARK2

ARTIKEL HANGAT BULAN INI