TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, September 25, 2011

APAKAH ADA LAGI HARAPAN NUAR ATAU HADI UNTUK JADI PM?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengancam bahawa keseluruhan kepimpinan pusat DAP akan meletak jawatan mereka dalam Pakatan sekiranya pelaksanaan hukum hudud dijadikan sebahagian dari agenda Pakatan. Dalam erti kata lain, DAP akan keluar dari Pakatan.
Madu 3
Ancaman Guan Eng seolah-olah memberikan 'hint' terhadap apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk dimesyuaratkan pada perjumpaan yang dijadualkan pada Rabu ini. Kalau boleh dengarpun mereka tak mahu fasal hudud ni, itulah fahaman DAP yang langsung tak menghormati sentimen pengundi Islam mereka. Anti mereka terhadap Islam begitu tebal sekali walaupun Pok Nik mengatakan bahawa hudud hanya untuk orang Islam sahaja.

Setakat mana kekuatan dan semangat PAS yang baru mendapat sokongan Nuar Ibrahim akan kita ketahui nanti. Apakah mereka akan terus bertegas dengan apa yang mereka perjuangkan dan sanggup bercerai dengan DAP? Atau apakah DAP sanggup memperjudikan undi kaum Cina dengan menyokong pelaksanaan hukum hudud demi Pakatan?

Bercerai dengan DAP bermakna memusnahkan impian Nuar Ibrahim mahupun Hadi Awang untuk menjadi PM Malaysia sekiranya memenangi PRU13. Ini kerana sekiranya hanya mengharapkan kepada kerusi PAS dan PKR sahaja, amat mustahil untuk mereka menawan Putrajaya. Itu adalah perkiraan yang sangat jelas, samada di pihak DAP, PAS mahupun PKR.

Menyedari hal ini, apakah Nuar akan buat U-turn semula dan menolak hudud dan memaksa PAS untuk sama-sama buat U-turn? Mungkinkah Nuar akan meminta Hadi Awang menasihatkan Pok Nik agar mengikut sahaja kehendak DAP? Ataupun PAS dan PKR akan rela menceraikan DAP?

Sebenarnya inilah hikmah menghidupkan kembali hudud oleh Pok Nik. Hikmahnya bukan kepada DAP, kerana DAP sememangnya dari dulu jelas telah menolak hudud dengan kerasnya. Hikmahnya ialah rakyat akan melihat setakat mana tulennya Nuar menyokong hudud dan setakat mana tulennya kehendak PAS untuk melaksanakan hudud.

Sekiranya benar PAS dan PKR inginkan hudud dan DAP pula kan bersendirian, apakah sekiranya pada PRU13 nanti PAS dan PKR ditakdirkan memenangi lebih kerusi dan menampakkan kekuatannya, apakah DAP juga akan rela bersendirian atau akan rujuk kembali menumpang tui? Semuanya itu akan terjawab dan rakyat akan tahu juga siapa yang berpura-pura demi kuasa.

2 comments:

HHalem said...

Tuan TIS;-)

Soal U-turn dah saya jawap, Tuan.

Anwar dah buat U-turn tadi.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Yes, saya dah baca. Cuma nak tunggu PAS pulak.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI