TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, September 19, 2011

KESIAN, BERI LE KREDIT SIKIT PADA PAKATAN PASAL ISA

Dua tiga hari ni aku tengok pemimpin Pakatan dah macam orang hilang akal fasal tak dapat kredit dalam isu penghapusan ISA. Seboleh-bolehnya mereka nak juga tumpang tui. Aku rasa elok juga kita bagi depa kredit. Ini kerana AS dah hulur tangan nak bantu kerajaan gubal undang-undang antikeganasan yang sesuai dengan keadaan semasa sekarang ini. 

Kalau AS yang bantu gubal undang-undang tu, pastilah nanti akan sama atau seiras dengan Patriot Act. Kalau dibandingkan dengan ISA, Patriot Act ni ia lebih ganas dari ISA, tapi AS cakap ia bersesuaian dengan keadaan sekarang hinggakan sampai ada tahanan yang dah 10 tahunpun masih tak dibicarakan di Guantanamo.

Jadi kalau betul nanti undang-undang pengganti ISA tu seiras dengan Patriot Act, tak le boleh mereka menyalak lagi menyalahkan kerajaan. Ini kerana kredit kita dah bagi kat depa untuk mansuh undang-undang lapuk tu dan digantikan dengan undang-undang baru. Amacam rakan-rakan, setuju tak?


AS sedia bantu gubal undang-undang antikeganasan

19/09/2011 6:59pm

IPOH 19 Sept – Amerika Syarikat (AS) bersedia berkongsi pengalamannya dalam menggubal undang-undang antikeganasan dengan Malaysia, kata Duta Besar AS ke Malaysia, Paul W Jones.
Beliau berkata, kerajaan AS bersedia membantu Malaysia dalam menggubal undang-undang itu berikutan pengumuman Malaysia untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Setiap negara mempunyai pendekatan berbeza dalam memerangi keganasan atau kumpulan pengganas, katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di pejabat Menteri Besar di sini hari ini.
Duta Besar itu berkata, beliau ada mendengar Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendapatkan pengalaman Amerika Syarikat dan Britain dalam menggubal akta antikeganasan tetapi menurutnya keputusan berkenaan adalah hak Malaysia.
Beliau berkata, kini terdapat minat yang tinggi di seluruh dunia terhadap isu kebebasan sivil dan dalam masa sama mengekang kegiatan keganasan yang kini menjadi cabaran kepada banyak kerajaan, tetapi Malaysia sudah membuktikan komitmennya ke arah itu menerusi pemansuhan ISA. – Bernama

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI