Semasa sidang media bersama selepas mesyuarat tergempar Pakatan semalam, Nuar Brahim berkata;
"Kita hormati hak PAS untuk hendak melaksanakan hudud di samping menghormati hak DAP untuk tidak bersetuju dengannya." Siapa yang Nuar sokong.....PAS atau DAP?
Sayaaa......semua boleh......... |
Itulah jenis manusia yang bermuka-muka. Mesyuarat nak cari satu ketetapan. Asal mesyuarat ialah bila DAP dah bertikam lidah dengan PAS. Penyelesaian yang nak cari ialah samada PAS gugurkan hudud atau DAP sokong hudud. Itu sebenarnya yang sepatutnya diberitahu kepada rakyat.
Keluar mesyuarat buat kenyataan bersama yang sebenarnya tidak menjawab persoalan tersebut. Tiba-tiba kat hujungnya UMNO dan BN pulak yang bersalah. Kalau yang sama-sama yang dikatakan sepakat dalam Pakatanpun tak boleh nak diyakinkan, bagaimana nak salahkan orang luar.
Suka aku memberi pandangan kat sini. Jangan salahkan UMNO dan BN. Sekiranya UMNO dan BN meminda perlembagaan hanya untuk kepuasan politik Kelantan sahaja, maka ianya agak tidak adil kerana Kelantan hanya minoriti jika dibandingkan dengan Malaysia.
Aku percaya, UMNO dan BN akan bersetuju untuk menyokong pindaan perlembagaan sekiranya Pakatan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud di semua negeri pimpinan Pakatan dengan perlaksanaan total tanpa berpilih dalam undang-undang jenayah.
Apakah ada kesanggupan untuk Pulau Pinang, Kedah dan Selangor untuk bersama-sama Kelantan menggunakan hudud? Sekiranya belum ada kesanggupan, duduk diam-diam, pakat semula dan jangan salahkan orang lain atas kegagalan akibat kebodohan sendiri.
Jangan kerana kepentingan politik, hukum Allah jadi persendaan orang-orang bukan Islam!
2 comments:
~
KALAU HUJAN LEBAT SALAH UMNO/BN...
KALAU KEMARAU SALAH UMNO/BN...
KALAU BANJIR SALAH UMNO/BN...
KALAU GEMPA BUMI SALAH UMNO/BN...
KALAU TAUFAN SALAH UMNO/BN...
KALAU KEBAKARAN SALAH UMNO/BN...
KALAU BANJIR SALAH UMNO/BN...
KALAU ANWAR DAJJAL SALAH UMNO/BN
KALAU LGE TIPU SALAH UMNO/BN...
KALAU NIK AJIS NYANYUK SALAH UMNO/BN...
KALAU JALANRAYA BERKURAP DI KEDAH SALAH UMNO/BN...
BEGINILAH CARA PEMERINTAHAN YG TELUS DARI DAJJAL,YAKJUD DAN MAKJUD YG ADA DI MALAYSIA...
KALAU ISRAEL HILANG DARI MUKA BUMI ALLAH JGN SALAHKAN PEJUANG HAMAS TAU...
HARAP PALESTIN MERDEKA DARI CENGKAMAN ZIONIS...
ALLAH HU AKBAR...
PEJUANG HAMAS...
Post a Comment