TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, September 23, 2011

TAK TERTEPIS -PAS SURRENDER

PAS seolah-olah dah surrender. Isu Hudud telah membelit mereka. Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengingatkan semua pemimpin Pakatan agar tidak ambil peduli dengan isu tersebut. Mereka dah tak boleh jawab.
Tuan Ibrahim berkata, isu tersebut sengaja dibawa dan dibesar-besarkan oleh UMNO menjelang pilihanraya. Memangpun isu tersebut kena dibawa sewaktu hampir dengan pilihanraya. Ini kerana pelaksanaan hudud itu adalah janji pilihanraya PAS kepada rakyat. UMNO cuma tolong ingat-mengingatkan sahaja tentang janji PAS terhadap rakyat. Bukankah itu satu peringatan yang baik.

Kalau dulu UMNO tak kasi PAS buat hukum hudud kerana pada ketika itu ramai Cina yang sokong BN dan takut dengan hudud PAS. Maka untuk menghormati orang Cina, maka UMNO beritahu (bukan larang) supaya ianya dikaji semula. Mungkin berkat doa Tok Guru dan kegigihan berceramah orang PAS setiap hari, kini orang Cina majoritinya dah sokong PAS ataupun parti yang seperjuangan dengan PAS. Ini maknanya mereka dah tak takut hudud lagi. UMNO tak kisah bab hukum hudud ni sebagaimana kata TS Muhyiddin. Maka dah tak ada sebab lagi PAS takut untuk melaksanakan hudud, kecuali hudud tu cuma gimmick politik dan tagline PAS semasa pilihanraya sahaja.

Kalau dulu PAS cuma parti kampungan. Kini DAPpun dah boleh duduk semeja dengan PAS. Kalau dulu DAP penghalang terbesar, kini PAS dah jadi parti besar, -besar kepala. PAS dah cukup kuat malahan Pok Nik pun dah cabar DAP boleh keluar Pakatan kalau tak setuju. Nuarpun dah sokong, kalau Nuar sokong, gerenti Amerika dan Israel sokong, so kenapa Tuan Ibrahim takut dan menasihatkan pemimpin lain agar jangan termakan dengan isu pelaksanaan hudud ni?

Kenapa ya.....kenapa? Kenapa PAS  tak nak membicarakan lagi bab pelaksanaan hudud ni dan menuduh UMNO pasang perangkap?.....musykil!!!

3 comments:

Arif Jizat said...

Nik Aziz yang cakap, Anwar yang sokong....

aleh aleh UMNO gak yang salah pasang perangkap?

Anonymous said...

"Sesungguhnya apa sahaja kejadian buruk (mengikut perspektif penganut ajaran agama Pas) yang berlaku di atas muka bumi ini adalah akibat daripada kesalahan dan dosa Umno. Maka oleh itu, Umno itu terlaknat di langit dan di bumi, Umno adalah seburuk-buruk makhluk dan sejahat-jahatnya, lebih jahat daripada Iblis dan syaitan. Maka hendaklah kalian menjauhi Umno."
(Hadis Sahih riwayat dari Al-Imam Al-Hadi bin Al-Awang, dari Al-Imam al-Syeikh al-Juburi dan Al-Imam Al-Kumunis Al-`Sedapmah' Al-Sabu Al-Syi'ahi).

Anonymous said...

Opss.. terlupa.. hadis di atas dipetik dari Nabi N.ajis, pemegang kunci syurga dan beliau ini lebih tinggi kedudukannya daripada Nabi Muhammad yang sekadar mampu memberi syafaat sahaja untuk umatnya.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI