TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, October 24, 2011

ADHAM BABA HADIRI HIMPUN DI TENGGARA

Adham Baba
Pagi tadi ADUN aku, Datuk Dr Adham Baba bersama-sama dalam satu majlis ilmu imam-imam bagi Parlimen Tenggara. Ini bukannya himpun besar-besaran. Cuma perkumpulan imam-imam menambah dan memperbaiki lagi ilmu yang ada. Ada le sekitar 50 orang rasanya.

Kebetulan aku ada dilokasi iaitu di Orchard Golf & Country Resort, sempat juga le aku berbual-bual dengan Adham. Aku respek kat Adham ni kerana dia sanggup datang pagi-pagi dan lebih awal dari sebahagian peserta program kerana dia tersangat hormat pada Pak Imam-Pak Imam ni. 

Pertama dia hormat Pak Imam ni sebagai pemimpin masyarakat. Keduanya dia salute kat Pak Imam ni kerana walaupun sebahagiannya dah berumur, tetapi masih lagi tidak jemu untuk menimba ilmu dan memperbaiki diri untuk kepentingan masyarakat.
Khusyuk Pak Imam mendengar 
Betullah, nak berhimpun ni bukan kuantiti yang penting, tetapi kualiti yang berkumpul itu yang penting. Ini kerana yang berkumpul itulah nanti yang akan menambah kualiti kepada masyarakat dan akan menambahkan lagi kuantiti masyarakat yang berilmu. Jauh pandangan YB aku ni. Mudah-mudahan kekallah Adham ni jadi YB aku pada PRU 13 nanti.



1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah.... syukur kerana P155 Tenggara dan N35 Pasir Raja ada pemimpin muda yang berwawasan, yg sentiasa ada bila diperlukan bukan hanya ada bila dia memerlukan... Tahniah Dato' Dr. Adham Baba....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI