TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, October 4, 2011

BELANJAWAN SEJAHTERA BUKAN BERKEBAJIKAN

Melihat isi-isi belanjawan Pakatan, seronok juga. Ia umpama angan-angan orang membeli loteri, kenanya belum tapi dah susun belanjawan, itu nak beli, ini nak beli, itu nak buat dan ini nak buat. Akhirnya, loteri tak kena, yang dapat cuma angan-angan. Apapun, puak Pakatan memang suka berhibur dengan angan-angan.
Tak cukup....boleh korekkk
Pelik juga belanjawan Pakatan tak dinamakan "Belanjawan Berkebajikan" tetapi dinamakan sebagai "Belanjawan Kesejahteraan Untuk Semua". 

Sebenarnya belanjawan Pakatan tu semua hanyalah janji-janji kosong, setakat ingin menggula-gulakan rakyat. Sekiranya benar apa yang dibentangkan mampu dilaksanakan, sebahagian darinya boleh dilaksanakan diperingkat negeri. Mengapa tidak dilaksanakan dahulu ni negeri-negeri yang Pakatan perintah, umpamanya;
  1. Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
  2. Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
  3. Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
  4. Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan kepada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri dengan kerajaan negeri menambah kekurangan)
  5. Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
  6. Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri. Kerajaan negeri boleh menyumbang kepada pendidik yang berkhidmat dinegeri mereka)
  7. Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri bermula dengan kakitangan awam kerajaan negeri)
  8. Elaun penjagaan anak RM1000 setahun kepada ibu-ibu yang layak dipadankan dengan pelaburan kerajaan membina pusat penjagaan kanak-kanak. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
Jom kita cabar Pakatan laksanakan dahulu 8 perkara di atas di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Sekiranya berjaya di peringkat negeri, barulah boleh bercita-cita ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Selain dari itu, terlanjur Pakatan dah umumkan Belanjawan Alternatif, elok juga Pakatan umumkan sekali Kabinet Alternatif. Aku teringin sangat nak tengok siapakah yang bakal-bakal dinamakan sebagai PM, TPM, Menteri-menteri dan timbalannya. Manalah tahu, mungkin Nuar yang membentang belanjawan hanya setakat jadi Menteri Kewangan Kedua aje. Ini kerana sejak akhir-akhir ni aku tengok dalam Pakatan, PMnya ialah Karpal Singh!!!

5 comments:

HHalem said...

I say Tuan:-)

Cukup menarik. corak berubah.

Depa ni sembang senang, maklumlah duit Bayangan, tak ada dlm poket pun.

Teringat FOREX, dia kasi kita 1 juta USD duit untuk main tukaran wang.

Bukan main syok lagi.

Macam tu la org PAS-PKR, sekarang.Syok gila.

DAP coredek sikit.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Ala Tuan HH,
Sesekali aje berubah corak. Tak le sampai macam Nuar yang selalu nak ubah rasa.

Anonymous said...

Nuar syok sendri da!!

Anonymous said...

dua hari pkr memerentah bankrap malaysia. kat kedah pun depa dah pulas duit jalanraya buat bayar gaji. hoi nwar beruk tak yah nak berangan la.

PenganutPAS said...

bonus warga emas sebanyak RM1,000 bayaran suri rumah sebanyak RM1,000
Bayaran miskin tegar bulanan RM550 bantuanKebajikan RM550 sebulan
gaji minima dijang kakitangan awam negeri RM1,100

Bolehlah dimasukkan dalam budget negeri 2012 nanti . Buatlah kat negeri yang pakatan menang Selangor , kedah , kelantan dan penang . Amacam ada berani .

Selangorkan ada rezab tunai RM1.1billion . Silap strategilah buat budget mat jenin tapi masukkan item yang ada dalam budget negeri .... hahahhah

Jangan pandai sembang dan berangan jer .... amacam ada berani

ARTIKEL HANGAT BULAN INI