TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Sunday, October 30, 2011

BERAPA BANYAK BIASISWA DIKELUARKAN PAS?

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik semasa berucap dalam Forum Tarbawi di KUIZM masih terus menyalahkan UMNO dalam semua segi. Kononnya UMNO melaksanakan 21 strategi agar rakyat terutamanya Melayu terus berada dalam kejahilan antaranya termasuklah perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.

Kepada pemimpin PAS, tak usahlah asyik nak menyalahkan pihak lain. Terlanjur yang bercakap adalah Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, sukalah bertanya, setelah PAS berusia 60 tahun, apakah usaha-usaha PAS yang dapat dibanggakan untuk anak-anak Melayu cemerlang dalam pendidikan dan keluar dari kejahilan? Setelah 60 tahun berapa banyak biasiswa yang telah dapat PAS keluarkan untuk menaja pelajar setiap tahun? Setelah 60 tahun, berapa banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi telah dapat dibangunkan oleh PAS? Cukupkah hanya untuk berbangga dengan PASTI?

Tak perlulah PAS terutamanya di Kelantan dan Terengganu berkokok tentang kejahilan Melayu. Cuba tanya diri sendiri, pihak manakah yang berusaha dan mendasarkan agar kalau boleh setiap keluarga di Kelantan dan Terengganu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang mendapat pendidikan hingga ke peringkat kolej dan universiti?

Masih ingatkah lagi ketika lepasan sekolah dari Kelantan dan Terengganu diberi kelonggaran hanya dengan 3 kredit SPM sahaja boleh memohon tempat di Universiti pada awal 80an dulu? Mungkin ramai yang telah lupa atau itu semua jasa PAS?

4 comments:

Anonymous said...

Ana sokong dan sangat Setuju !

Anonymous said...

bakor chik ni panda cakap je... masa aku ngaji d sekolah berakan hok milik dia dulu apa pun tadok..... kaki kencing jugok....

Anonymous said...

jasa kerajaaan terlalu banyak hingga kan ramai tak ingat ..dasar 3A boleh masuk u tue ramai yg x tahu

Anonymous said...

dasar PAS ajaran sesat, bukan ajaran ugama nak di sesat, pasal macam ni pun nak disesatkan... apa kamu buat PAS... menyesat kan ummah..hancurkan/tolak PAS,..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI