TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, October 8, 2011

DATARAN CIKGU MALA BERDARAH

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ia mendapat permit.Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor.

Yang kasi permit ialah polis, bukannya orang Tenang. Yang benci Mat Sabu bukannya polis tetapi orang Tenang. Apa la bodohnya si Mazlan ni. Lain kali sebelum mohon permit, buat tinjauan dulu, tengok dulu samada orang suka atau orang menyampah dengan kita.
Cikgu Mala punya jeling, 3 malam Mat Sabu termimpi-mimpi.
Apapun Cikgu Mala memang hebat. Sejak gagal jadi YB, Dataran Cikgu Mala makin beso, boleh tampung ramai orang!!! Patutpun walau menjangkakan akan berlaku bantahan, Mat Sabu tetap datang.

Entah meriah yang macam mana, akupun tak tau. Mungkin terpekik, terlalak, terlolong, itu yang dikatakan meriah!!!
Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman tanpa segan silu menyalahkan pihak polis yang kononnya gagal mengawal kemasukan para pengunjung. Polis mana tau siapa yang sokong PAS dan siapa yang tak sokong PAS. Nanti kalau polis halang semua orang masuk, dikatakan polis sabotaj majlis mereka pulak. Susah kalau ada manusia yang kerjanya hanya menyalahkan orang lain sahaja.

Sedangkan kebencian orang Tenang terhadap Mat Sabu sangat terserlah. Dah tau orang benci Mat Sabu, buat apa bawak Mat Sabu, cari le orang lain. Kenapa nak tunjuk hero kat Tenang, sedangkan diketahui di sana terdapat ramai lagi waris mangsa komunis yang menyerang Bukit Kepong dahulu? Ini baru samseng bertemu samseng.

Mazlan dalam pada itu meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan pihaknya tampil berbincang. Pandai pulak cakap berbincang. Bab salah mereka nak ajak orang berbincang. Tapi mereka pulak bila mencari kesalahan orang tak mau berbincang. Baru terdengar-dengar aje salah pihak lain dah mula jelajah negara menghasut rakyat. Kenapa tak berbincang? Kenapa perlu menghasut rakyat?

Kalau tak puas hati dengan Felda, isi borang mohon keluar Felda, minta Felda beli semula tanah tu, habis cerita. Ramai lagi orang yang susah yang mahu berterima kasih dan sanggup untuk bersama Felda dari susah hingga senang.

2 comments:

Anonymous said...

"Cikgu Mala punya jeling, 3 malam Mat Sabu termimpi-mimpi."...hahaha..yang ni paling lawak bro..tapi mat sabu kene hati2..laki dia ni ada masalah psiko sket hahaha

Anonymous said...

KALAU MERASAKAN FELDA MENYUSAHKAN MEREKA AKU SOKON 100 % AGAR ALIMIN AJAK PENEROKA FLEDA BERKENAAN KELUAR DARI FELDA TAK PAYAH MENYUSAHKAN FELDA AKU RASAPUN SEBELUM BORANG PERMOHONAN FELDA SAMPAI KAT RAMAI ORANG AKAN ISI BORANG MOHON MASUK FELDA TERSEBUT - ADA ALIMIN BERANI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI