TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, October 25, 2011

KEBEBASAN DAN KEPAKARAN AKADEMIK?

Semalam UIA mengumumkan penarikan semula penggantungan Aziz Bari dari menjalankan tugas di UIA. Hari ini peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata pihak UIA dan kerajaan jika benar-benar komited dengan kebebasan akademik, maka apa jua siasatan dan tindakan yang tidak berasas, yang dijalankan sekarang perlu dihentikan.
Apakah ini akibat dari kebebasan akademik
atau salah belajar akademik?
Apakah ini kenyataan yang keluar dari orang yang panjang akal? Kalau tiada siasatan bagaimana dikatakan tindakan tidak berasas. Apa susah sangat ke untuk memberikan kerjasama untuk memudahkan siasatan sekiranya yakin tidak bersalah?

Sikap segelintir manusia yang kononnya memperjuangkan kebebasan akademik ini sebenarnya ada celanya. Setakat ini rasanya Malaysia mengamalkan sikap yang agak terbuka dalam bab belajar dan pembelajaran ini. Bagaimanapun, selaku ahli akademik, haruslah panjang akal bahawa tidak semua ilmu dan pandangan akademik itu sesuai untuk umum. Sesetengah ilmu dan pengetahuan tersebut hanya boleh dibincangkan secara tertutup dengan yang ahli sahaja. Kebebasan untuk bersuara bukanlah mutlak tetapi haruslah disertai dengan sikap bertanggungjawab.

Di satu bahagian anda meminta untuk bebas mengeluarkan pandangan tetapi di satu bahagian lain anda mengutuk apabila ada pihak yang cuba menganalisis dan menyiasat pandangan yang dikeluarkan. Inikah kebebasan yang dituntut oleh bijak pandai?

Dalam menyuarakan pendapat dan pandangan akademik kepada umum dan bukannya dalam persekitaran penuntut dan ahli dalam pandangan tersebut, mereka yang mendakwa pakar juga perlu pakar dalam menjangkakan penerimaan orangramai, reaksi orangramai, kesan kepada orangramai dan tindakan dari orang ramai. Sedangkan agama mempunyai persepsi dan penerimaan yang berbeza oleh orangramai, apatah lagi setakat pengetahuan akademik.

Maka apabila anda berani menghujahkan ilmu dan kepakaran anda, maka anda juga mestilah perlu berani menghadapi apa juga kebarangkalian akibat darinya. Apabila hujah yang dibalas dengan hujah akan menimbulkan lebih banyak kerosakan kepada umum dan negara, maka perlulah bersedia  terhadap tindakan yang lain.

Harus diingat di sini ialah tindak balas terhadap hujah atau pandangan akademik seseorang pakar ialah bukan kerana menyanggah kepakarannya tetapi ialah terhadap kewajarannya mengeluarkan hujah, pendapat atau pandangannya. 

Sebagai contoh, seorang pakar nuklear menyalahkan cara pembancuhan kimia untuk satu senjata bahaya yang dibuat oleh tentera kerajaan dikhalayak umum sehingga menunjukkan kepakaran dan akibat dari tindakan pakarnya itu, majoriti rakyat mampu menghasilkan senjata merbahaya hanya di garaj kecil belakang rumah. Apakah ianya wajar dan bijak? Apakah itu kebebasan akademik?

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI