Anwar Ibrahim akhirnya mengakui adanya usaha untuk menyingkirkan Si Gagap dari jawatan MB Selangor. Mulanya aku ingat dia orang nak singkirkan Khalid sebab dia gagap, rupanya tidak. Menurut Nuar, ADUN PKR tak puas hati cara Khalid yang kononnya tegas dalam menjalankan tugas.
Kalau betul itu le sebabnya, itu bermakna ADUN PKR memang suka kerja main-main, tak suka buat kerja dengan serius. Ya lah, ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasi. Kalau dah Ketua Umum PKRpun kerja sambil main, tentu le anak buahpun berperangai yang sama.
Si Khalid Gagap tu nasib baik le lama kena didik dengan UMNO dulu, kalau takpun mungkin juga suka kerja main-main.
Anwar Akui Wujud Usaha Singkir MB Selangor
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengakui wujud usaha di peringkat dalaman parti itu untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut Anwar, kepimpinan tegas Abdul Khalid mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum 2008 menjadi punca kepada perasaan tidakpuas hati di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.
"Ini pandangan yang dikemukakan, dan ia telah pun kita selesaikan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Anwar mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang dipetik daripada laman blog berhubung wujudnya memorandum yang diserahkan kepada beliau untuk memecat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, sistem demokrasi yang diamalkan PKR membolehkan semua pihak memberi pandangan serta menegur mengenai kepimpinan parti di semua peringkat.
"Kita ambil satu pendekatan yang demokratik, ahli boleh bantah atau kemuka cadangan minta ganti sama ada ketua umum, presiden ataupun Menteri Besar.
"Tapi perkara ini telah diselesaikan dengan baik... sekarang ini kita bagi mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai MB," katanya.
Sumber: MStar
No comments:
Post a Comment