TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, October 28, 2011

PAS MACAM AYAM JANTAN

Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din hari ini mengingatkan TPM, TS Muhyiddin bahawa ikan busuk bermula dari kepala. Ini ingatannya kepada TPM berikutan arahan Muhyiddin agar tindakan disiplin atau hukuman setimpal diambil terhadap pihak yang terbukti melakukan pembaziran atau salah guna kuasa seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Muhyiddin tersebut betul. Mengapa apabila berlaku kesilapan PAS suka sangat menuding jari kepada UMNO. Apa juga kesilapan dan ketirisan yang berlaku, sebenarnya bukan diperingkat tertinggi pentadbiran. Ianya lebih banyak berlaku diperingkat pelaksana. Diperingkat ini bukan semuanya orang UMNO. Ada juga orang PAS, orang PKR, orang DAP dan orang tak ada parti. Maka wajarlah siasatan dijalankan.

Apapun, sekiranya si Nazmi mengatakan bahawa ikan itu busuk bermula dari kepala, sekurang-kurangnya apabila kita tahu kepalanya dah busuk, bahagian belakangnya masih boleh diselamatkan lagi dan dibuat gulai. Itu perumpamaan Nazmi terhadap pemimpin UMNO. Penyokong UMNO tidak bimbang untuk membuang satu kepala pemimpin untuk digantikan dengan pemimpin baru. Berbeza dengan PAS, cukup taksub terhadap kepala-kepala PAS, itu yang busuknya jejak ke ekor.

Seperkara lagi, kalau Nazmi memperumpamakan  masalah-masalah yang berlaku akibat dari kepala yang busuk, telah dinyatakan tadi bahawa menyedari kepala yang busuk kita masih ada perut dan ekor lagi yang boleh dimanfaatkan.
Berbeza dengan dengan pemimpin PAS, yang lagaknya macam ayam jantan dengan pial yang berkilat, tengok bulu depan tersisir rapi dan kokok yang memikat. Tetapi dalam berkokok yang berderai-derai itu, berak merata-rata dan ada yang ekor dan lawinya bergelumang dengan tahi. Kemudian tahi yang merata, terpaksa pula orang lain yang mencucinya. Berbanggalah anda dengan kokokan pemimpin PAS itu.

1 comment:

Anonymous said...

Dalam konteks 'kepala' dan 'usus', kepala (orang atas) mungkin elok tetapi usus (orang bawah) mungkin busuk. Kepala boleh pantau, tegur dan bertindak tetapi dalam konteks demokrasi ia akan dilihat sebagai otokrasi.

Makanya untuk mengelakkan tuding menuding antara kepala dan usus, masing-masing perlu kekal elok dan kalau ada yang busuk, pihak yang bususk harus menerima kesan dari kebusukan itu menerusi pihak ketiga (penguatkuasaan) yang tidak pilih bulu tetapi hanya pilih kesalahan.

Seperkara yang menjengkelkan dalam konteks kepala dan usus ialah apabila sering dikaitkan dengan perumpamaan 'bapa borek anak rintik'. Yakni kalau kepala busuk makanya usus akan turut busuk.

Soalnya dalam konteks demokrasi, kenapa ianya mesti berlaku? Kenapa gunakan bidalan "ketam ajar anak jalan lurus" bagi menghalalkan usus yang ikut kebusukan kepala?

Amat jelek kalau kepala busuk makanya usus mesti busuk. Kenapa usus tidak boleh kekal sihat? Kenapa usus harus ikut busuk dan dibuang ke longkang? Kalau usus kekal sihat bukankah lambat laun kepala juga akan jadi elok dan tiada pihak masuk lonkang?

Namun, tidak dinafikan bahawa kepala ada pengaruh tidak langsung terhadap usus. Ada kala dan ketikanya, kepala yang busuk akan memberikan inspirasi kepada usus untuk berbuat yang ini: "kalau kepala kencing berdiri, usus kecing berlari" iaitu akhirnya usus jadi lebih busuk dari kepala.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI