TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, October 10, 2011

PETRONAS CUMA DAPAT RM5B DARI RM17B SUBSIDI

Hadi Awang cakap subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran, bermakna lebih RM12 billion masih dinikmati oleh syarikat luar. Ini bermakna Petronas hanya menguasai 29.4% pasaran minyak Malaysia.

Cuma Hadi Awang mungkin tak faham agaknya bila dia kata RM12 billion tu yang menikmatinya ialah syarikat luar. Sebenarnya ialah RM12 billion tu ialah nilai yang terpaksa ditambah oleh kerajaan akibat harga minyak yang dibayar di bawah harga pasaran oleh rakyat Malaysia yang membeli minyak dari syarikat luar negara ini. Tentulah yang mendapat manfaatnya rakyat yang membeli minyak tersebut.

Bila sebut menggunakan bukan minyak Petronas, tentunya yang paling banyak memakan subsisi ni ialah orang PAS, DAP dan PKR. Ini kerana mereka tak tuang minyak di Petronas. Mereka benci Petronas kerana ada unsur-unsur UMNO dan BN. Nasib baik warna Petronas tu hijau, kalau merah macam warna UMNO mungkin kalau kereta mereka habis minyak depan stesen Petronaspun mereka sanggup tolak berbatu-batu cari stesen minyak ongputeh.

Kalau dihitung lagi dengan lebih terperinci, orang PAS le yang paling banyak mentekedarah subsisi minyak ni. Apa taknya, mereka ni zuhud kononnya, bila tengok orang pakai kereta baru, macam-macam andaian dibuat. Maka untuk menunjukkan kezuhudan mereka ni, mereka lebih suka pakai kereta lama walaupun mereka sebenarnya lebih mampu dari orang lain. Kereta lama ni semuanya jenis mencekik minyak. 

Patut Hadi Awang kempen kat orang PAS dan puak Pakatan, bantu Petronas, tuang minyak kat Petronas, baru le subsidi tu mengalir dalam negara. Jangan tau cari silap aje tapi tak tau nak betulkan. 

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI