TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Wednesday, October 12, 2011

SOMBONG....

Bob Lokman mempersoalkan tindakan JAIS menahannya kerana menyampaikan ceramah agama. Menurutnya dia hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik.

Biasanya orang baik tak akan mengaku baik. Sepatutnya bila kena tahan tu muhasabah diri dulu, bukan terus buat tuduhan melulu sepertimana katanya;

"Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu".

Memang patutpun mereka halang. Mungkin Bob belum cukup baik lagi, kena perbaiki lagi diri. Orang baik tak akan kata begini;

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut".

"Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.  Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul".
 
Itu semua ayat-ayat melawan. Ayat keras kepala. Ayat orang sombong. Orang baik tak melawan pemerintah, orang berilmu tidak membetulkan atau membenarkan apa yang diucapkannya sebaliknya orang lain yang mengatakan ianya benar atau salah.

Menjadi cucu kepada Tok Kenali (rujuk) tidak akan menjadikan kamu sehebat Tok Kenali. Malah mungkin kamu sendiri tak kenal dan tak ambil pusing dengan apa ilmu yang dibawa oleh Tok Kenali. Tak perlulah berbangga dengan keturunan. Kalau kamu kenal dengan Tok Kenali sudah tentulah lagu sehebat Isabela tidak akan terhasil.

3 comments:

Anonymous said...

cucu tok kenali muka macam pecah gunang samseng taik minyak

Anonymous said...

cucu tok kenali muka macam pecah gunang samseng taik minyak

Anonymous said...

Pelakon tetap pelakon...dia akan kembali ke habitat asal nya suatu hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI