TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Friday, October 7, 2011

YB PEMBANGKANG DAH KAYA

Baru beberapa jam aje, pembentangan Budget 2012, Pakatan Rakyat dah berbunyi. Salahudin Ayob kata "Elaun untuk ahli Parlimen bukanlah satu keutamaan yang perlu disegerakan tapi yang penting ialah integriti Parlimen, integriti untuk memerangi rasuah dan kelengkapan menyiapkan prasarana Parlimen itu lebih penting sekarang ini".

Sementara Nuar Brahim pulak kata,"Bajet 2012, kita mahu ia lebih fokuskan kepada rakyat, bukan ahli Parlimen itu sendiri".

Guan Eng pulak,"Bukan masanya untuk tambah elaun ahli Parlimen sebaliknya lebih perlu tambah elaun staf dan pembantu Parlimen".

Semua komen mereka nak menunjukkan kononnya mereka semua tak kebulor duit. Ada kemungkinan juga, ia lah....macam Nuar semua tau dia memang super kaya. Kalau niat nak bantu rakyat, tak payah jadi wakil rakyatpun dia boleh tolong orang. 
Mungkin semenjak dapat perintah Selangor dan Pulau Pinang, antara negeri yang banyak projek, mungkin YB-YB Pakatan dah loaded sekarang ni.

Pada Salahudin tak payah la nak cakap soal integriti Parlimen. Nak cakap soal integriti, disiplinkan dulu rakan-rakan yang terkinja-kinja macam monyet bila di Parlimen tu. Bersihkan dulu mana-mana pemimpin yang dah tertangkap dan terakam salah lakunya.

Aku bersikap terbuka dalam soal menaikkan elaun ahli Parlimen ni. Selaku masyarakat yang matang, kita seharusnya tahu berterima kasih kepada wakil-wakil kita di Parlimen. Mengemudi sebuah negara bukanlah semudah mengemudi sebuah syarikat. Kalau seseorang pengurus yang mengemudi sebuah syarikat yang kakitangannya hanya beberapa ratus orang sahaja mampu mendapat imbuhan belasan, malahan puluhan ribu ringgit sebulan, maka tidak salah kita menghargai para pembuat dasar kita.

Bukannya mudah menjadi pemimpin masyarakat, kalau kita tidak mahu menghargai pemimpin, siapa lagi? Biarlah kita tahu YB kita mendapat imbuhan yang tinggi, para pembuat dasar dan pegawai-pegawai yang mengemudi negara mendapat imbuhan yang setimpal dari kita tertanya-tanya bagaimana dengan bayaran RM1 boleh seseorang tu menjadi penasihat ekonomi sebuah negeri. Lebih baik rakyat tahu yang sebenarnya dari diperbodohkan dengan angka.

4 comments:

PenganutPAS said...

diorang ni cakap pusing pusing . rakyat nak tahu ahli parlimen pakatan haram ni nak ker tidak elaun tambahan tu ???

Bagus lah najib letak syarat kasi MP pakatan konflik macam tu .

Apa kata Murshidur Am PAS

Anonymous said...

Eloklah kalau mereka PAKATAN tak setuju Elaun Ahli Parlimen Naik allocation untok YB Pembakang Dont Give it to them....Gov. simpan aje lagi pun mereka bukan buat apa pun kerjanya membangkang aje....

Anonymous said...

nk tunjuk bagus kt org je tu,padahal dlm kepala otak 'masyukkkk'.... klu xnak pun amik je dulu pastu masuk kan dlm tabung masjid n amik gmbr tunjuk dlm paper tiap2 bulan...ada brani? xdo nye....

cacamarba said...

xnk ckp je la xnk..abis cerita..bung bang sana sini ,sembang deras,habuk pn xdak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI