TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, November 25, 2011

AZMIN ALI MENIPU DI JOHOR

Tipu manyak kuat looo....
Untuk menghalalkan tindakan kotor mereka, Azmin Ali sanggup menipu pemberita dengan memburuk-burukkan pasukan polis Johor. Kalau dah jenis penipu, tetap nak tipu. Apa juga yang dibuat tetap nak membohong. 

Permit ceramah tak pernah dikeluarkan oleh pihak polis, kemudian dikatakan pihak polis membatalkan pada saat-saat akhir. Betul juga kata Ketua Polis Johor, kalau tak pernah diluluskan, macam mana nak batalkan?

Nampaknya sampai ke Johor, semakin bodoh dan bingai jadinya Si Azmin ni. Untuk menarik perhatian Nuar Berahim, apa pun sanggup diucapkan oleh Azmin gila ni.

Ketua Polis Johor nafi dakwaan Azmin

Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff
JOHOR BAHRU: Polis Johor hari ini menafikan dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, bahawa permit ceramah parti itu di negeri ini dibatalkan pada saat akhir.

Sebaliknya, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata pihaknya tidak pernah meluluskan permohonan untuk mengadakan ceramah yang dibuat PKR dua hari lalu.

"Isu pembatalan tidak timbul kerana polis tidak pernah meluluskan permohonan itu," katanya kepada pemberita di sini. Beliau mengulas kenyataan Azmin yang memberitahu pemberita selepas perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini, bahawa polis membatalkan permit ceramah PKR di beberapa kawasan pada saat akhir malam tadi.

Mohd Mokhtar turut mengingatkan pemimpin parti politik itu agar tidak mencabar undang-undang dengan mengadakan ceramah tanpa kelulusan pihak berkuasa.

"Kita kena hormat undang-undang...kalau tidak hormat, itu juga mencabar polis," katanya ketika ditanya mengenai desas-desus pemimpin PKR tetap mahu mengadakan ceramah tersebut.

Beliau berkata, jika permohonan ditolak, pihak berkenaan masih boleh mengemukakan rayuan kepada ketua polis negeri.  - BERNAMA


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI