TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, November 4, 2011

DAP SALAH DARI ASPEK PERLEMBAGAAN -KENAPA DAP SENYAP?

"Pakar" Perlembagaan, Aziz Bari hari ini berpandangan bahawa sokongan DAP terhadap isu PPSMI adalah salah dari aspek perlembagaan. 

Pandangannya ditimbulkan berikutan dari kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pada 30 Oktober bahawa kementerian pelajaran perlu lebih anjal dan wajar memberi pilihan supaya kedua-dua matapelajaran itu dalam bahasa Inggeris demi mengekalkan bakat terbaik dalam negara.

Asas kepada pandangan pakar ini ialah "perkara 152 perlembagaan persekutuan menyatakan urusan rasmi mesti dijalan dalam bahawa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini".

Apakah DAP akan menerima pandangan pakar ini sebagaimana mereka mengalu-alukan pandangannya yang lain sebelum ini? Atau DAP akan mengeluarkan tuduhan-tuduhan pelik pula terhadap Aziz Bari?

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI