TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, November 4, 2011

PPSMI: TUN M & AZIZ BARI BERBUNYI, MUHYIDDIN TERSEPIT

Aku ingatkan garang bebeno Muhyiddin ni. Rupanya tak juga. Bila tersepit, Muhyiddin pun tak boleh tahan. Mana yang kata muktamadnya isu PPSMI ni?
Ikut suka, nak kiri boleh, kanan pun boleh.
Bila Tun M berkata bahawa DS Najib boleh menghalang Muhyiddin dari meneruskan hasratnya untuk memansuhkan PPSMI, Muhyiddin dah sekali gelabah.

Tak mahu ketinggalan, Aziz Bari pula masuk daun. Tapi kali ni dia korner jauh sikit, langgar DAP dulu sebelum sampaikan hajat. Aziz Bari mempersoalkan DAP yang menyokong PPSMI dengan berkata; perkara 152 perlembagaan persekutuan menyatakan urusan rasmi mesti dijalan dalam bahawa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini. Urusan dan pembelajaran di sekolah merupakan urusan rasmi, maka kena dalam Bahasa Malaysia. Sementelahan pula menurut pakar perlembagaan ini, Tun M melaksanakan PPSMI tanpa membawanya ke kabinet terlebih dahulu. Muhyiddin bingung!

PAGE janji nak bagi 2/3 kemenangan kepada BN, walaupun aku tak tau dari mana dia nak korek. Risau juga Muhyiddin kalau BN tak menang, kempunan nak jadi PM, setakat TPM aje le.

Last-last, Muhyiddin buat keputusan mana yang dah belajar ikut PPSMI boleh memilih untuk teruskan hingga ke peringkat menengah. Dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) hanya akan berjalan dengan sepenuhnya pada tahun 2016 bagi sekolah rendah dan pada 2021 bagi sekolah menengah. Masa tu sapa pulak le jadi Menteri Pendidikan dan apa pulak dasarnya?

1 comment:

Anonymous said...

Saudara Tenggara is Southeast,

Saya melihat tindak tanduk TPM dalam menangani isu PPSMI menggambarkan beliau bukanlah pemimpin yang kita nanti-nantikan ‘kelahiran’nya. Beliau cuba kononnya bertindak tegas dalam menangani isu ini sehingga tidak ‘mendengar’ pendapat mereka yang menyokong PPSMI.

Tapi melalui berita terkini timbul pula keputusan baru bahawa mereka dalam kohot PPSMI boleh meneruskannya sehingga SPM. Mana ketegasan awalnya. Betul pendapat saudara pada tahun 2021 siapa pula Menteri Pelajaran dan apa pula dasarnya!

Alangkah baiknya dalam mengumumkan keputusan terhadap PPSMI , dibuat kajian yang menyeluruh terhadapnya. Saya masih berpendapat pandangan ibu bapa, pelajar dan guru diambil kira. Atau sekurang-kurangnya nantikan kepulangan PM sebelum membuat keputusan yang kononnya nampak tegas tapi diubah juga kemudiannya!.

Semua pihak mengatakan bahawa mereka mendapat sokongan ramai dalam hal PPSMI. Tapi mana bukti yang jelas dan telus terhadap dakwaan tersebut?

Saya memang tertanya tanya mengapa TDM seolah-olahnya diam membisu dalam isu ini. Sedang semua orang tahu isu PPSMI amat dekat di hatinya. Rupa-rupanya beliau menunggu masa yang amat stratigik untuk melepaskan peluru berpandu dan amat tepat mengenai sasaran.

TPM perlu sedar bahawa dia orang kedua bukan orang pertama. Selagi orang pertama belum jelas menyokong sepenuhnya keputusan tersebut jangan umumkan seolah itulah keputusan yang tidak akan ditukar ganti! Nanti malu sendiri.

Peristiwa ini mengingatkan saya semasa TDM bercuti beberapa bulan pada tahun 1998. Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya pemangku PM dan berlagak seperti PM. Cara TSMY dalam isu PPSMI ada persamaan dengan sikap Anwar Ibrahim ketika itu.

Saya menyokong penuh PPSMI atas dasar bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu Sains dan Teknologi (SDT) ketika ini. Ilmu SDT adalah ilmu yang berkembang dengan pantas bukannya statik. Penguasan kita dalam ilmu ini belum setaraf dengan orang Jerman, Jepun atau Rusia. Kita tidak mahu ada kecairan penguasaan ilmu ini bila tidak dipelajari dalam bahasanya

Warga Setia

ARTIKEL HANGAT BULAN INI