TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 13, 2011

GURU KERJA 9 JAM, KENAPA NUTP BANTAH?

Bila Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong mengumumkan projek rintis untuk guru bertugas 9 jam sehari, pihak pertama sekali yang cuba nak jadi juara kepada guru-guru ialah PAS. Ahli JK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

Sementara itu Presdiden NUTP, Hashim Adnan menggesa kerajaan membatalkan hasrat tersebut kerana menurutnya, kajian perintis ini tidak akan membawa keputusan positif yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran... jadi mengapa kita hendak membuang masa dan wang rakyat.

Semuanya memberikan pandangan yang negatif kepada projek rintis tersebut. 


Bagi aku pulak, aku SOKONG agar guru bertugas 9 jam sehari. Ini semua adalah untuk menyenangkan guru-guru juga.

Dalam masa 9 jam tersebut, bukan semuanya digunakan untuk mengajar. Bukankah baik dengan masa yang ada tersebut, maka guru-guru dapat menyiapkan rancangan mengajarnya, menanda buku murid dan apabila balik ke rumah, maka guru tidak lagi terbeban dengan masalah di sekolah? Selesaikan segala kerja-kerja di sekolah dan bukannya di rumah dan ini tentunya akan memberikan masa yang lebih berkualiti kepada guru untuk bersama keluarga.

Mungkin NUTP tak nampak masalah guru terpaksa menyiapkan tugasan sekolah di rumah. Pernahkah NUTP melakukan spot check terhadap buku latihan murid? Kerana mengharapkan guru menanda di rumahlah, banyak buku latihan yang tak bertanda atau lambat ditanda. Ini semua akan menjejaskan pembelajaran murid. Bekerja 9 jam di sekolah bukanlah berterusan berada di dalam kelas, tetapi gunakan masa yang selebihnya agar dapat menyiapkan apa juga kerja yang ada tanpa bertangguh.

Yang penting, cuba kita beri sokongan dahulu terhadap projek rintis ini. Jangan terlalu cepat buat rumusan.

19 comments:

MINDA RAKYAT said...

gua sokong guru kerja 9 jam. gua tahu masalah guru2 kita ni. kat umah pon duk tanda bauku latihan.kertas peperiksaan.apa tah lg guru yg bergelar guru data. dengan gua2 sekali tolong wife gua sebagai guru data. tekanan disekolah bawak balik kat rumah.huhuhu nasib aku faham itu tugas guru. klu x aku kawen lg satu..kahkahkahkahkahkah.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Alamak bro....kita senasib.

MINDA RAKYAT said...

moh kita tubuh pertubuhan suami-suami guru..kahkahkahkah

Anonymous said...

Saya guru.... kalu masa dipanjangkan... adakah maksudnya beban dikurangkan? Tidak sama sekali. Banyak lagi adalah.
Ni semua salah si Hishamudin masa jadi Menteri Pelajaran dulu. Agenda tersirat dia nak bagi budak2 balik pukul 4-5 petang setiap hari, supaya mak bapak senang.
Kerja dengan orang susah, bro. Tak caya tgk la bini lepas balik sekolah... sure dia tidur kejap kan? Stress...
Aku dulu balik sekolah pukul 1.50 pm. Tak de masalah pun :P

MINDA RAKYAT said...

sebab balik rumah la dia tido. kalau kat sekolah sure bt kerja. siap kerja balik.klu balik awal kerja x siap lepas tu balik sekolah tidow bila malam mula. bang malam ni tolong sayang tau..hahahaha time tu kalau ada bini muda nak lari pi umah bini muda.kihkihkihkih

Otak Geliga said...

bg aku yg merupakan anak guru, anak sedara guru, berjiran dgn guru2, berkawan dgn guru2 aku x nampak faedahnya masa cikgu berkhidmat di sek dipanjangkan

ikut pengamatan/pengalaman aku tgk bapak aku, kerja sbg cikgu mmg x kan boleh habis di sekolah....kena bawa blk rumah baru boleh selesai.

ingat, cikgu bukan mengajar satu subjek & satu kelas shj....& ada byk lg tugas2 guru yg lain di sekolah.

Anonymous said...

:)
Cikgu sekarang boleh jadi macam2... Driver (bawa bdk2), kerani (taip surat / dokumen), Warden penjara (disiplin sekolah), Kaunselor, Mak Ayah angkat, Ahli Sukan (nak ajar ank2 org brsukan), Ahli politik (nak handle mak bapak yg mcm2 kerenah) dll.

Tapi nak suruh org yg bukan guru jadi cikgu bukan senang bro :)

Sekali lagi; kerja dengan orang (budak kecik) bukannya senang.

We are not glorified nannies.

Sedey tau ramai org tak faham...

MINDA RAKYAT said...

itu semua bergantung kepada pengurusan sekolah tu..bukan ke tugas guru di bahagikan.tak kan semua guru jd guru disiplin. tak kan semua guru jadi guru sukan. kecuali pengurusan sekolah tu yang tak cekap. 5 6 tugas kepada sorang guru kalau bagi 48 jam sehari pun tak siap kerja.

Anonymous said...

hah. kalu masa bertambah, maksudnya lebih masa utk guru tu mengajar la bro....
dan anda tak tahu ke SEMUA guru adalah guru disiplin?
dan SEMUA guru terlibat dalam koku dan sukan?

see? lain kali tanya cikgu, baik pelajar? :)

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Guru disokong bertugas 9 jam, tetapi tidak melibatkan murid. Murid bersekolah seperti biasa. Cuma menyokong agar guru-guru tidak perlu membawa beban tugas ke rumah. Gurupun berkeluarga dan perlukan masa berkualiti untuk keluarga, bukannya melayan keluarga sambil menanda buku.

MINDA RAKYAT said...

memang la semua guru tu ada tanggungjawab disiplin.tp bukan semua guru kena buat kerja berkaitan disiplin.hanya guru yang menerima tugas sebagai pengerusi dan AJK badan pengawas je yang bt kerja berkaitan. koku tu hari-hari ke dijalankan? kena faham betul-betul. waktu mengajar x dipanjangkan pun. cuma waktu guru disekolah je dipanjangkan supaya guru menyelesaikan tugas-tugas guru di sekolah. murid-murid balik seperti biasa.

Anonymous said...

RAMAI LAGI GURU MASUK RUMAH GILA HEHEHEHE.

zenci said...

bro klu x tau apa bidang tugas sebenar guru jangan la memberi komen yang mengarut...

zenci said...

beban guru yang ada sekrang pun masih belum diselesaikan..sudah ditambah lagi...guru pun ada keluarga,ada anak...jadi program nie mmng satu perkara yang mengarut..

Anonymous said...

gaji nak banyak keje nak sikit, budaya kerja org kita...nak seribu daya tak nak seribu dalih...

Anonymous said...

Idea gila bekas bekas guru yg dah jadi pegawai di JPN,PPD

MINDA RAKYAT said...

macam mana beban yang ada sekarang macam tu la bila laksana bekerja 9 jam.x bertambah pun. cuma nak bagi masa guru-guru buat kat sekolah.kalau dah balik rumah memang dah tak buat kerja. nak layan anak lagi. suami lagi. kalau dah siapkan kerja kat sekolah balik rumah masa hanya untuk keluarga. tujuan tu murni mana ada mengarut.

Anonymous said...

Tak jadi guru boleh la bercakap... sekolah tempat kerajaan menjalankan uji kaji bermacam polisi dan lepas tu tukar-tukar atau mansuh... lepas nie confirm guru akan sokongn pembangkang 98%... lalu dendam guru akan dilepaskan pada murid nanti... generasi bengong dan bangang bakal dilahirkan selepas cadangan ini dilaksanakan... tungguuuuuuuuu dan lihattttt

Anonymous said...

orang lain kerja swasta yang takdak elaun cam kerajaan dapat tak bising pun.. lagi pening melayan kerenah orang2 tua yang tak reti nak belajar sendiri, semua mau suap baru jalan.. bila diajar kata "kami dulu kalau dapat cikgu macam encik, tentu kami tak berada disini, mungkin kami berada di tempat yang lagi tinggi".. "yang tu" product dari mana? sekolah mana? setakat 9 jam pun nak bising? melalak? mgelabah? saya kekadang tak tidur 2 hari pasai terlalu sibuk dengan kerja yang tak pernah abes pun tak rasa bengang pasai kalau kerja kita jalan,kompeni untung,ramai anak buah masih boleh cari rezeki.. ot toksah sebut la, yang kerajaan tau tiap2 bulan amik duit aku untuk cukai.. duit cukai tu mengalir kat sapa? kan tu dah dikira sebagai amanah terhadap pembayar cukai.. bukan setakat amanah dalam menyampaikan ilmu dengan "seikhlas" hati.

setakat ujikaji ka polisi berubah ka tu adat la.. mana ada organisasi yang tak berubah untuk "kaizen"? alamat pakat dok kena tinggai blakang la hangpa.. Den study dulu tgk cikgu2 depa memang balik petang paling awal pun pukul 5.. tapi kat negara kita nih, baru bagi cadangan 9 jam dah lembik, tak cuba untuk pk positif.. macam2 alasan timbul.. tak cukuplagi ka ngan "elaun" dan cuti "sekolah" bergaji hangpa tu.. orang lain masuk keja 8 pagi balik 2,3 pagi hari2 pun tak mengeluh pasai kami suka apa yang kami buat...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI