Parti KITA dah mula melacur. Agaknya mereka memang kekurangan calun berketerampilan pemimpin untuk diketengahkan pada PRU 13 nanti. Tindakan KITA mempelawa pemimpin-pemimpin BN yang tidak terpilih untuk menjadi calun mewakili KITA jelas menampakkan bahawa BN memang mempunyai ramai pemimpin yang berkualiti.
Bagaimanapun aku kurang yakin dengan kenyataan Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim yang mengatakan ada beberapa pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang telah menghubungi pihak mereka. Sekiranya benar mengapa pula perlu dia menambah ayat ni;
“Pemimpin Umno dan BN yang merasa terpinggir sila hubungi Kita kerana kami menawarkan peluang dan tempat kepada pemimpin yang merasakan mereka masih berpengaruh”.
Nampak sangat KITA dah terdesak dan sanggup melacurkan parti mereka untuk ditenggek oleh sesiapa sahaja.
Kita bakal letak calon pemimpin BN?
PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) menimbang untuk meletak pemimpin Barisan Nasional (BN) yang terpinggir sebagai calon parti itu dalam pilihan raya umum akan datang (PRU13).
Keputusan ini berdasarkan tindakan beberapa pemimpin Umno, MCA dan MIC yang terpinggir menghubungi Kita untuk tujuan berkenaan, kata Pengerusi Kedah Zamil Ibrahim.
“Pemimpin Umno dan BN yang merasa terpinggir sila hubungi Kita kerana kami menawarkan peluang dan tempat kepada pemimpin yang merasakan mereka masih berpengaruh,” katanya.
Kita dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri BN dan naib presiden PKR sebelum meninggalkan parti itu tahun lalu.
Beliau mengambil alih teraju kepimpinan Kita pada Disember lepas dan parti itu mensasarkan bertanding di Kelantan dan Selangor dalam PRU13 nanti.
Zamil berkata, mungkin pimpinan BN dan Umno tidak nampak potensi pemimpin mereka yang terpinggir itu tetapi parti Kita nampak perkara ini dan ia merupakan satu bonus kepada parti baru seperti Kita.
“Ada di kalangan mereka yang saya rasa layak menjadi calon Kita di Kedah jika mereka benar-benar ingin menyertai parti dan saya cabar mereka membuat perubahan dan menonjolkan diri bersama Kita dan bukan berada di belakang tabir,” katanya.
Nota:
Mana-mana pemimpin BN yang teringin bebenor nak jadi YB tu dan berjuang semata-mata untuk jadi YB, jangan lambat, daftar cepat-cepat dengan KITA. Sebelum daftar tu, jangan lupa batalkan dulu keahlian UMNO, MCA atau MIC.
2 comments:
Tuan TIS:-)
Baca tajuk cukup menarik, tu sebab sya serbu masukk..
Mcm S46, dulu..ahli Umno yg x dapat calon bertanding..sila hubungi Ku Li..
Tuan ada 5k?.
Jom kita bertanding atas tiket KITA.
Tuan,
tak minatlah nak jadi YB.
Post a Comment