TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, November 5, 2011

SUDAH-SUDAH LE DATIN OIII....

“Kami dalam situasi yang sukar sekarang. Kami sangat menghargai apa yang telah dipersetujui kerajaan dan kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih. Tetapi pada masa yang sama, kami mahu yang dasar ini (PPSMI) dilaksanakan menjangkaui 2020, sehingga kita semua meninggal dunia dan sudah tiada. Kami mahu peluang ini diberikan kepada semua,” Pengerusi PAGE.

Cukup-cukup le tu dah. Tak perlu kusutkan lagi keadaan. Belajarlah untuk menerima hakikat bahawa tak selalu kita akan dapat semua apa yang kita hajatkan. Berjuanglah pulak untuk memartabatkan Bahasa Malaysia, bahasa Kebangsaan dan asuhlah anak-anak kita selaku warganegara untuk berbangga dengan Bahasa Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

bagi aku la, mansuhkan dulu sekolah vernakular.PPSMI ni tak beri sebarang kesan negatif pada penguasaan bahasa melayu pun. jdn terlalu sempit pemikiran

sesejuk mata memandang said...

Fikran aku berserabut disebabkan kerenah orang bijak pandai mengenai isu PPSMi ini.

Apa yang diperjuangkan sebenarnya . Masih mahu PPSMI atau mansuh atau mahu kedua-dua nya.

Pelik? yang berbangsa China dan India mahu dikekalkan yang berbangsa Melayu mahu ianya dihapuskan
Dalam soal ini samada dikekalkan atau tidak yang rugi adalah bangsa Melayu sendiri. Sebab jika di ajarkan dalam Bahasa Melayu pun tak mahu belajar apatah lagi dalam Bahasa Inggeris.

Bangsa China dan India tentu nya mereka mahu kerana mereka tahu kelebihan belajar dalam Bh Inggersi dan sememangnya mereka pula MAHU belajar anehnya yang siMelayu .. tak samapai 10% yang benar-benar mahu belajar.

Tak percaya ?? pergi lihat siapa paling ramai berlepak di Pudu Central, KL Sentral , Taman Titiwangsa dll temapt asalkan sahaja boleh !!!!!.

Jadi dalam soal ini jika kerajaan sudah kata masnuh.. tak payah lah nak jadi juara kerana dalam apa juga kedaan masaini yang trugi adalah bangsa Melayu sendiri yang masih berkhayal..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI