TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, December 2, 2011

HADI AWANG TUNTUT ILMU SONGSANG DARI KUAN YEW

Pertemuan dan kunjungan hormat oleh Tuan Guru Presiden PAS berlangsung pada petang Sabtu 26 November 2011 di Istana Presiden, Singapura. Ini cuma sebaris aje ayat yang aku ambil dari web presiden pas.org.my (sini).

Inilah yang hendak dipelajari oleh Hadi Awang. Bagaimana Kuan Yew, orang tua pencen dan sakit saraf boleh gunakan Istana Presiden untuk jumpa tetamu. Presiden merupakan ketua tertinggi sesebuah negara, bagaimana seorang tua pencen boleh mempergunakan kediaman rasminya? Hadi Awang tentunya kagum yang teramat sangat.


Mungkin Hadi Awang terbayang mungkin suatu hari nanti setelah dia pencen, dia akan berpeluang menyambut dan melayan tetamunya di Istana Negara. 

Sebenarnya Hadi Awang sepatutnya gentar dengan suasana sebegini. Gentar kerana PAS kini bertaut dengan DAP yang merupakan anak didik PAP. Sekiranya DAP berkuasa suatu hari nanti, tidak mustahil akan berlaku mana-mana pemimpin DAP yang dah pencen akan menyambut dan melayan tetamunya di Istana Negara. Inilah suatu contoh jelas yang sepatutnya disedari oleh PAS, bukannya seronok dan megah disambut di Istana Presiden. Nampak sangat di Singapura Presidennya tidak dihargai. 

Renung-renungkanlah wahai Tuan Guru Hadi Awang. Masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan. Jangan sampai Raja kita juga tidak dihargai.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI