KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan satu undang-undang baru bagi menangani permasalahan wakil rakyat lompat parti.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya sangat perlu bagi menghalang ataupun menghukum wakil rakyat yang bertindak mengkhianati undi rakyat di kawasannya.
Artikel penuh di SINI
Dulu masa Nuar Berahim sibuk nak pancing MP BN untuk menjayakan misi 16 Septembernya, tak da pun puak pembangkang yang kata kerja Nuar tu kerja kotor dan terkutuk. Akhirnya Allah nak tunjuk, BN tak pancing, BN tak pujukpun, lepas satu, satu YB mereka meninggalkan Pakatan. Itupun mereka tak sedar lagi terutamanya puak PAS, bahawa itu adalah petunjuk yang Allah berikan bahawa apa yang mereka rancangkan dulu adalah keji. Nak tutup malu mereka, BN juga yang disalahkan.
Terkini, mungkin Mahfudz dah terbau-bau yang selepas PRU 13 nanti mungkin ada kengkawannya yang menang akan meninggalkan parti. Itu tak mustahil, pasal dalam PAS memang banyak yang munafik dan bermuka-muka. Mungkin itulah sebabnya Mahfudz sibuk menggesa PSC agar memasukkan dalam cadangan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya agar diwujudkan undang-undang anti lompat parti.
Kalau dia orang lompat pun tentunya kerana ada hal yang tak kena dengan parti. Cadangan Mahfudz ni aku kira cadangan bodoh. Pasal biasanya orang yang nak jadi YB ni orang bijak. Kalau buat cadangan anti lompat parti, mereka tak akan lompat parti, tapi mereka akan tetap duduk dalam parti, tapi bila bab angkat tangan mereka akan angkat tangan lawan parti. Nak buat macam mana?
Jadi Naib Presiden ni nak kena panjang akal sikit, jangan asyik nak nakal dan mengakal aje. Kalau akal pendek, semua cadangan diketawakan orang aje. Kalau parti jalan betul, apa nak takutkan YB lompat? Ini tentunya dah banyak berlaku hanky-panky dalam PAS sampai calun sendiri pun Naib Presiden tak percaya hingga mohon diwujudkan undang-undang anti lompat parti.
1 comment:
Hoi Mafoz ! Dynamic la sikit. Takkan hang tak tau kekadang anak sendiri pun tak leh kontrol . Tengok la story anak Nabi Noh a.s..
Nak pakai peraturan , payah la ! Lompat melompat ni yang jadi "spice of life" . Bukannya lompat masok gaung bunuh diri ! Yang tu haram la ! Jangan la bendul sangat hang ni.
Ari tu kat dalam Feri Penang, aku bagi tip pada hang camna nak makmurkan Penang ikut siasah Nabi s.a.w. , sampai la ni hang tak buat apa pun !Hang nampaknya tak da siasah mendaulahkan Islam, membebel ada la! Pi mengaji balik la . Tengok camna Saad Abu Waqas buat. Baru la ada ummph !
Post a Comment