Semalam TS Isa turun ke negeri Johor. Pada siang harinya, beliau bertemu peneroka di beberapa buah Felda manakala sebelah malamnya pulak diadakan majlis ramah mesra dengan para pemimpin peneroka. Dari maklum balas yang diterima, nampaknya warga peneroka di Negeri Johor menyambut baik cadangan pengapungan FGVH di pasaran saham. Itu yang Mazlan Aliman frust menonggeng.
Agaknya tak mahu ketinggalan dalam menonjolkan diri di kalangan masyarakat Felda, hari ni Mazlan Aliman berbunyi lagi. Tapi nampaknya Mazlan tak sentuh pulak fasal pengapungan FGVH. Agaknya dia dah faham dan mungkin dah boleh terima konsep perniagaan billion-billion. Tapi sakit hatinya pada TS Isa Samad masih tak hilang lagi.
Hari ni Mazlan mempersoalkan kembali status keahlian TS Isa dalam KPF yang membolehkan dia dilantik sebagai Pengerusi KPF. Agaknya Mazlan bengang dengan TS Isa yang turun ke Johor dan tak pandangpun dia selaku pengerusi ANAK.
Apa le anak peneroka sorang nak bising-bising. Bukan ke Felda tu hak kerajaan dan KPF tu juga majoritinya kerajaaan? Keahlian kerajaan dalam KPF lebih besar dari keahlian peneroka atau anak peneroka. Yang perkenalkan Felda dulu pun kerajaan, bukannya peneroka atau anak peneroka. Malah rasanya tak ada langsung anak-anak atau waris mereka yang memperkenalkan Felda tu yang jadi peneroka. Biar le siapapun yang mentadbirkan Felda dan KPF, asalkan matlamat dan tujuannya ialah untuk memberikan kelebihan kepada peneroka dan generasinya. Kalau kasi kat peneroka atau anak peneroka tetapi untuk pelingkup, apa istimewanya?
Udah-udah le Mazlan, ni dah dekat nak naik sekolah ni, lebih baik jadi dreber bebudak tadika Pasti aje dari melalak yang tak tentu arah. Yang bantu peneroka Felda selama ini ialah kerajaan BN....sekali lagi kerajaan BN. Peneroka adalah anak emas kerajaan. Anak emas tak akan dikhianati oleh BN. Cuma segelintir peneroka dan anak peneroka yang tak sedar diri sahaja yang tak tahu bersyukur.
No comments:
Post a Comment