TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, December 8, 2011

MAZLAN ALIMAN TAKUT DENGAN UCAPAN DS NAJIB

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, kenyataan Najib bahawa orang Melayu dan umat Islam mesti menyokong Umno BN jika mahu masa depan yang cerah, jelas bertujuan menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu.

Agaknya Mazlan ni dah tak da isu lagi nak buat. Najib cakap kat Perhimpunan Agong UMNO sebab nak mengINGATkan ahli-ahli UMNO supaya tak berlaku lagi seperti PRU 12 dahulu bilamana sebahagian besar ahli UMNO bagi undi kat pembangkang. 

Ucapan DS Najib tak ada kena mengena dengan juak-juak totok PAS tu. Nampak sangat PAS nak nampak bayang-bayang kekalahan pada PRU13 nanti. Bagaimana pun, bagus juga kalau mana-mana puak-puak PAS yang berasa dah tertipu dengan perjuangan PAS nak sokong UMNO, sangat-sangat dialu-alukan. Kalau sokong PAS pun, cuma setakat nak bagi kuat DAP aje, buat apa. Lagi kuat DAP, lagi takut PAS nak berbunyi.

Bila DS Najib buat ucapan, tahu pulak Mazlan nak ulas kata ugut, walhal itu bukannya mengugut, itu cuma nak mengINGATkan. Mazlan lupa, bahawa setiap kali dia berucap, dia memang tak mengugut, tapi mengHASUT. Habis semua Felda dia masuk. Setiap Felda dia hasut agar jangan sokong UMNO.

Mazlan sedar tak, selama ini UMNOlah yang banyak bantu orang Felda. PAS apa yang ada bantu orang Felda? Orang Felda yang bantu PAS adalah kerana setiap kali masuk berceramah, PAS sibuk menadah tabung mintak derma. Sedar le sikit!!!


1 comment:

Anonymous said...

Mazlan aliman ni datang kampung aku. kat Felda Sg Sayong, org buat tak tau jer..org dah tau taik dia.dulu berniaga pun tutup kedai..pas tu nak salahkan felda, kebun bapak dia kat felda Bukit Ramun pun suruh Felda uruskan..dia pegi joli katak pusing felda buat fitnah,menghasut, maki hamun... pooooorah.. jenis tak mengenang budi, tak tau bersyukur..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI