TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Monday, December 5, 2011

SYED ALI PULAK IKUT JEJAK BUNG MOKHTAR

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

Menurut Syed Ali lagi, jika Shahrizat letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya. (rujuk SINI)

Nampaknya keadaan menjadi semakin kusut. Apapun selaku penyokong peringkat paling bawah sekali dalam UMNO ni, aku merasakan sebagai ada sesuatu yang tidak kena sekarang ni. Sepatutnya hal-hal sebegini, eloklah dimesyuaratkan secara tertutup. Duduk dalam satu parti, sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Rasanya yang duduk kat atas tu semuanya bijak-bijak belaka. 

Dari beberapa siri penjelasan yang lepas berkaitan NFC, aku tak berapa nampak akan silapnya. Kita kena buangkan prasangka terhadap, suami, isteri atau anak-anak menteri yang berniaga. Isu NFC perlu diterangkan dalam sudut perniagaan, bukannya politik. 

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya, dari sudut perniagaan sudah banyak permasalahan jika dibandingkan dengan politik.

Senang cerita, suruh NFC keluarkan Laporan Tahunan (Annual report), kemudian anda akan tahu apa permasalahan perniagaan tersebut!

Anonymous said...

Projek ni 30 tahun, skrng baru 3 tahun, dah tentu ada serba sikit masalah dan kelewatan. Orang Melayu ni semua nak express. Kalau Cina buat silap takpe pula. Kan NFC dah terangkan, kelewatan dari dua pihak, NFC dan kementerian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI