TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, January 21, 2012

ADAKAH KERANA ANUNYA BENGKOK MENJADIKANNYA SO SPECIAL?

Aku heran! Kenapa terlalu ramai yang mempertikaikan tindakan Pejabat Peguam Negara merayu semua terhadap keputusan kes perbicaraan Liwat II? Apa gunanya negara mempunyai beberapa peringkat mahkamah sekiranya penggunaan mahkamah yang lebih tinggi lagi untuk mencari keadilan dipertikaikan?


Setiap yang tertuduh harus dilihat sebagai yang tertuduh dan yang menuduh harus dilihat sebagai yang menuduh atau mangsa. Bukan diukur dari pangkat, kaya atau miskin seseorang itu. Samada yang tertuduh menang, atau yang menuduh menang, maka kedua-dua pihak harus diberikan peluang untuk mendapat kepuasan yang maksimum terhadap keputusan kehakiman yang diperolehinya.

Kepada yang mempertikaikan keputusan merayu semula, suka ditanya, apakah Nuar Berahim akan redha menerima keputusan bersalah sekiranya dia didapati bersalah tempohari dan tidak akan merayu semula terhadap keputusan hakim? Adil perlu untuk semua. Ruang untuk mencari keadilan masih ada, maka biarlah ianya digunakan sepenuhnya, tak perlu dipertikaikan.

Jangan gunakan alasan politik untuk melepas diri. Rakyat harus ingat, ini adalah kes antara individu dengan individu, bukannya individu dengan kerajaan. Jangan salahkan pihak lain.

Rasanya sekiranya Nuar Berahim tidak terlalu ghairah dengan penangguhan demi penangguhan, mungkin pada hari ini, dia telah melepasi semua peringkat sistem kehakiman negara dan dapat menghadapi PRU 13 sebagai seorang individu yang telah benar-benar bersih sekiranya dia tidak disabitkan bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Salah siapa? ...hal yang lurus tak perlu dibengkokkan.

1 comment:

Anonymous said...

bukan kerana anunya tetapi kerana lidahnya yang bercabang-cabang dan 'kulit'nya yang boleh bertukar-tukar warna mengikut warna 'latar' yang bersesuaian!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI