TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, January 21, 2012

HOT!!!...ROSMAH KANTUL SHOPPING SAKAN? DS NAJIB KENA JAWAB


MalaysiaKini hari ini melaporkan mengenai satu artikel yang diterbitkan oleh Sydney Morning Herald, Australia berkenaan "shopping spree" oleh DS Rosmah. Puak pembangkang dah gembira sakan.


Puas mencari, akhirnya aku jumpa juga artikel yang dimaksudkan yang diterbitkan pada hari ini oleh SMH dan screenshotnya aku paparkan disini untuk sama-sama dinilai oleh para pembaca, bukan macam MalaysiaKini yang cuma bagi berita aje.


Kepada rakyat, hal ini perlulah dijelaskan. 
  • Benarkah DS Rosmah ada membuat perjalanan peribadi ke Australia dalam masa lebih kurang 2 minggu yang lepas?
  • Benarkah seperti apa yang didakwa oleh Carl Kapp?
Sekiranya perkara ini berupa tohmahan, sesuatu perlu dilakukan oleh pihak kerajaan agar ianya tidak lagi berlarutan. Atau mungkin sahaja ada pihak lain yang diupah menyamar sebagai DS Rosmah? 

Malah sekiranya benarlah perkara ini berupa tohmahan semata-mata, mungkin sudah sampai masanya DS Rosmah hanya mengenakan kain batik lepas dan berbaju kurung Pahang serta mengepit beg tangan mengkuang untuk memuaskan hati para pencacai puak Pakatan. Sama-sama kita tunggukan penjelasannya.


Untuk lebih jelas lagi, link penuh artikel tersebut ialah di SINI.


9 comments:

Anonymous said...

Rosmah is a liability to BN and UMNO.
Najib has to do something ...

Anonymous said...

Burok2, Datin Sri Rosmah byk kebaikan dibuat, baik2 kita , apa yg kita telah buat utk meringankan benan sesama umat...

Anonymous said...

Burok2, Datin Sri Rosmah byk kebaikan dibuat, baik2 kita , apa yg kita telah buat utk meringankan beban sesama umat...

Anonymous said...

jgnlah cepat sgt nk terima komen dr malaysiakini,mereka ni selalu melapurkn berita berat sebelah,bg sy sbgai wanita kami memang suka bershopping,sy sendiri memang suka bershopping,klu beli sesuatu tu memang nk beli byk2,nk2 design tu sy suka x kiralah handbag ke,baju ke jam ke dan bmacam2 lg,nasiblah sy bukan org politik klu x dh tentu kena zoom punya,mkin ds rosmah ada bershopping tp sy rasa laporan perbelanjaan tu x lah sampai byk tu,lg pun klu ds rosmah beli byk pun mkin utk keluarga n rakan2nya yg ramai,apa salahnya dia nk bagi hadiah kat mereka,sb klu sy pegi kemana2 pun sy selalu hadiahkn tuk keluarga n kawan2 sy, nikn pula ds rosmah

Anonymous said...

PM banyak duit..biarlah bini dia nak shopping giler pun apa salahnya..duit dia.Toksah pedulilah!
Tengok bini Obama tu..tah2 lagi teghuk!Ish Ish!
Kita pompuan memang suker baju dan handbag mahal..biasalah.

Anonymous said...

tapi, kalau betul laporan tu, adakah kita nak defend jugak?

Anonymous said...

Saya penyokong BN dulu kini dan selamanya tapi kekadang berita mengenai Rosmah ni boleh membuat saya nak strok. Rosmah kena faham jatuh bangun BN bergantung juga kepada "first lady of malaysia". Please FLOM, jgn rosakkan UMNO, saya sayang UMNO. Jangan bagi ruang untuk puak2 pembangkang buat isu spt ini lagi. Banyak perkara baik yang dilakukan oleh FLOM tapi dipersendakan oleh pembangkang, esp, org2 PAS dalam jabatan kerajaan.

Dot said...

kalau betul ds rosmah sedekahkan kpd orang lain, saudara mara & rakan taulan, pahala dpt ke dia, InsyaAllah.

kakak2 ambo pun kalu gi makan angin ke korea, shopping di indonesia ka, gi europe ka, tak lupa beli ka ambo ngn keluarga ole2 dari sana. kalau kakak2 ambo tu suami mrk PM barangkali banyak lg demo tu gomol shopping & bawa balik ke saudara-mara, maklumla, kita orang Melayu suka bersedekah itu ini, kan?

kalau berita ni tak betul, lagi banyak pahala dapat ke ds rosmah.

apapun, lagi banyak orang mengumpat, lagi banyak pahala ds rosmah dapat. apa lagi bila dia selalu buat amal kpd anak2 yatim, ibu2 tunggal, golongan tua miskin & oku serta kpd keluarga2 prajurit yg berbakti kpd negara. ada sesiapa yg boleh tandingi apa yg ds rosmah buat? bershopping, bersedekah & beramal jariah? bersangka baiklah jika anda tidak mampu berbuat baik spt orang lain!!

Anonymous said...

Memang la takder peleknyer orang g shopping. Tapi tak kena sangatlah (menjolok mata) Rosmah berbelanja secara menunjuk-nunjuk kaya dan mewah ni. Lagi kan masyarakat Kristian Filipina pun getik ngan isteri Presidennya yang menunjuk-nunjuk kemewahan (kasut beribu pasang), inikan pulak masyakat Islam Malaysia. Yang kerja men-defend perangai yang tak disukai agama ini, ape ke hai kome?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI