Nampaknya makin berserabai le Khalid Gagap lepas ni. Menjaga portfolio Islam di Selangor bukan sesuatu yang menyenangkan. Malah mungkin juga jawatan ini ditolak oleh PAS pada saat-saat akhir. Ini adalah kemungkinan yang berlaku, maka sebab itulah Khalid terpaksa memikul tanggungjawab terhadap portfolio Islam.
Mengapa? ...rupanya Hasan Ali masih lagi kekal sebagai Timbalan Pengerusi MAIS. Jawatan tersebut masih kekal walaupun Hasan Ali bukan lagi exco dan dengan adanya jawatan tersebut, Hasan boleh mengkritik dan mempersoal segala tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri berkaitan Islam.
Patut le wakil PAS berlapang dada melepaskan portfolio agama Islam tersebut kepada PKR. Mereka dah nampak setakat mana keupayaan dan pandai mereka jika dibandingkan dengan Hasan. Wakil PAS mungkin tolak portfolio agama Islam sebab takut nak berdepan dengan Hasan Ali. Maka selepas ini semakin jenuh le si Paikah nak membetulkan kusut dan masai boss kesayangannya si Gagap!
Sempena Tahun Baru Cina ni, aku tengok Khalidpun dah ucapkan Gong Xi Fa Chai kepada rakyat Selangor dan pada Khalid pulak aku ucapkan Kong Si Pang Sai.
No comments:
Post a Comment