TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, January 11, 2012

MAZLAN ALIMAN SYOK DENGAN NEELOFA


Ke hulu ke hilir Mazlan Aliman usung buletin 1 Suara yang ada gambar Neelofa. Agaknya tak puas tatap gambar tu sekali. Siap-siap Mazlan letak bawah bantal gambar tu masa tidur. Lantak le Mazlan oiii. Ko orang tengok, tajam mata Mazlan merenung gambar Neelofa. Patut le Mazlan selalu gi Kelantan, agaknya nak cari kampung Neelofa le tu. 


Yang aku nak kisahkan kat sini ialah si Mazlan ni tak habis-habis dengan dakwaan demi dakwaan, tapi pembuktiannya hampeh! Terbaru didakwanya konon perwakilan mesyuarat EGM KPF cuba disogok. Maka sekarang ni sehingga selesai mesyuarat EGM KPF, para perwakilan dinasihatkan agar berkurung dalam rumah, jangan jumpa sesiapa. Kalau tak nanti Mazlan kata kamu terima sogokan.

Bab silap orang lain semua Mazlan nak cari. Tapi bab dia jual kerusi Tenggaruh kepada DAP, dia buat senyap aje. Ahli PAS yang bebal pun turut senyap. Sedangkan sekarang heboh mengatakan Mazlan yang bagi sokongan supaya kerusi Tenggaruh diberi kepada DAP. Tak ada pulak ahli PAS kata Mazlan menerima sogokan dari DAP.

Walhal kerusi Tenggaruh tu, kalau ditimbang-timbang, PAS ada potensi untuk menang sekiranya pada PRU akan datang calun BN datang dari MIC. Tapi kenapa Mazlan sanggup beri pada DAP? Kenapa tak suruh Pak Lebai PAS aje yang bertanding di situ? Agaknya DAP sogok Mazlan tak? Orang PAS pikir-pikirkan le!

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI