TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, January 26, 2012

MENGAPA PAS DAN PAKATAN TENTANG PENYENARAIAN FGVHB

Kalau nak dengar cerita Mazlan Aliman tentang nilai yang berbillion-billion, mungkin susah untuk kita orang kebanyakkan untuk faham. Bukannya sikit, sampai 10 digit, 11 digit. Rasanya kalau bagi Mazlan sifir 5 digit pun dia dah garu kepala.


Bab tengok angka yang banyak-banyak ni memang ramai yang boleh terpengaruh. Jadi tak perlulah kita pertikaikan berapa nilai dan berapa angkanya. Persoalannya kenapa mereka membangkang dan kenapa kerajaan BN ingin meneruskan.

Juak-juak Pakatan ni sangat-sangat menentang penyenaraian ini kerana beranggapan bahawa mereka akan menjadi kerajaan selepas PRU 13 ini.

Dengan penyenaraian ini, maka kerajaan akan hilang hak ekonomi terhadap perniagaan Felda, maksudnya kerajaan tak boleh suka-suka guna keuntungan perniagaan tersebut. Sedangkan Pakatan telah nampak bahawa inilah lubuk duit buat mereka.

Manakala kerajaan BN pula ingin menjadikan perniagaan Felda sebagai satu sandaran oleh warga peneroka dan menjadi tempat menabung yang menguntungkan. Dengan tidak adanya kuasa ekonomi kerajaan dalam perniagaan tersebut, maka keuntungannya akan diagih secara adil kepada para pemegang sahamnya. Peneroka nak lebih, kena le lebih melabur.

Apa kena mengena untung rugi dengan Felda? Felda adalah agensi kerajaan. Belanjawan Felda adalah belanjawan kerajaan. Masa mula-mula dulupun Felda bukannya ada perniagaan, tapi nasib orang Felda terus terbela, terus makmur, terus kukuh ekonominya. Penempatan mereka semakin baik dibandingkan dengan kampung-kampung tradisional. Siapa bagi duit?

Jelas hasrat pembangkang bukanlah mereka memperjuangkan hak peneroka dan anak-anaknya, tetapi mereka lebih bimbangkan kehilangan hak ekonomi oleh kerajaan yang memerintah terhadap keuntungan Felda. Segala angka yang Mazlan beri tu cuma sekadar penyedap telinga sahaja atau mungkin itulah jumlah yang bakal dikongsi bersama oleh pemimpin Pakatan nanti sekiranya Felda tak disenaraikan dan mereka memegang kuasa. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI