TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, January 18, 2012

PEMIMPIN PAS SEMAKIN SILAU DENGAN KUASA


Janji ada jawatan. Apapun jawatannya tak kisah. Begitulah buta dan bebalnya pemimpin PAS sekarang. Masing-masing tak malu-malu terus mengucapkan tahniah kepada Dr Yunus, termasuk le Nik Ajis.


Kalau aku kata Nik Ajis ni bebal, nanti orang PAS marah aku. Tapi itulah hakikatnya. Sepatutnya Nik Ajis protes perlantikan Dr Yunus. Kata orang PAS memperjuangkan Islam, maka dengan dinafikan portfolio agama Islam dari exco PAS, bermakna Pakatan memperkecilkan peranan PAS dalam isu-isu Islam. Maka lepas ni, exco PAS terpaksa le menghadiri acara-acara belia, acara-acara sukan yang mungkin akan dipenuhi dengan amoi-amoi cun dari DAP yang hanya berseluar pendek ketat. Itukah yang dibanggakan oleh PAS? ...itulah penghinaan secara halus oleh Khalid gagap terhadap PAS.

Kebodohan dan kebebalan Nik Ajis turut dipersetujui oleh AJK Pusat PAS, Kamaruddin Jaffar. Apa bukti yang nak disampaikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat Selangor memandang PAS sebagai komponen penting? Budak baru habis sekolahpun boleh menilai bahawa jawatan yang diberikan kepada Dr Yunus tak lebih dari sekadar gula-gula untuk memujuk. Itupun hendak dibanggakan oleh PAS? Walhal portfolio agama Islam itulah yang akan meletakkan seseorang exco itu ke tahap exco kanan dan tanpa portfolio tersebut exco PAS hanyalah macai PR. Ada, tak apa, tak adapun tak apa. Nampak sangat pemimpin PAS dah buta dek silaukan jawatan.


2 comments:

Anonymous said...

Apakah ini petunjuk dari ALLAH tentang PAS yg sbnarnya? Nti kalau JAIS buat serbuan anti maksiat, Dah pasti Khalid Gagap tergagap gagap minta maaf kpd yg ditangkap maksiat, maka bebaslah penduduk Selangor dari kancah maksiat kerana MB SELANGOR boleh mengampun dosa mereka yg berbuat maksiat dao kemungkaran

Anonymous said...

pas = boleh di gunakan utk kutip derma masa ceramah,kawal traffic

ARTIKEL HANGAT BULAN INI