TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, January 17, 2012

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG

Bila Dr Hasan Ali berkata akan menjelajah negara untuk membela diri dan mendedahkan parasit dalam PAS, dengan secepat kilat Pemuda PAS Selangor menyahut cabaran Hasan Ali.

Bagi mereka tindakan Hasan Ali bagai membuka peluang rezeki yang sememang dinanti-nantikan. Samada mereka akan dapat menangkis atau tidak hujah Hasan Ali, itu soal kedua. Apa yang penting bagi mereka ialah, bila Hasan Ali dah buka gelanggang, maka mereka juga berpeluang membuka gelanggang.

Bukan senang nak dapat peluang membuka gelanggang dengan memekik tentang isu-isu panas yang sangat-sangat penyokong PAS nak tau. Betul atau tidak, juga bukan matlamat utama. Matlamat utama mereka ialah gelanggang yang akan terbuka pada kali ini pasti akan mengundang ramai pengunjung.

Kerana sedar isu Hasan Ali akan mengundang ramai pengunjung, maka tanpa berlengah, Pemuda PAS Selangor menyahut cabaran Hasan Ali sebelum sempat ianya disahut oleh pihak lain. Bila dah sahut, orang lain tak boleh kacau. Setakat nak tumpang tui aje boleh. Ini sebab gelanggang inilah tempat mereka akan menadah beg, tin biskut, kopiah dan apa sahaja yang boleh dibuat menadah. Bagi orang PAS yang berminat nak dengar jawapan Pemuda PAS Selangor, standby aje le duit banyak-banyak untuk dimasukkan ke dalam apa juga bekas yang akan dihulur depan anda sewaktu mendengar mereka memekik!

1 comment:

Anonymous said...

DATU JANGAN LUPA DATANG MUAR,PAS DAN KEADILAN KAT SINI DAH MULA PERASAAN MEREKA TU BAGUS SANGAT....


MARI KITA RAMAI RAMAI JADI UNIT AMAL.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI