Kengkadang aku hairan juga dengan Cina ni. Kalau bab silap Melayu, tetap mahu diperbesarkan. Walhal niat yang dibuat tersangatlah baik. Apa ada pada warna. Kalau dalam sampul puteh tu diisi racun, mungkin lain ceritanya, ataupun ianya kosong, tetapi sampul tersebut diisi dengan duit, angpow untuk beraya. Duit yang laku, bukannya duit syurga yang hanya untuk dibakar.
Cuba buat macam orang PAS, senang tak ada pantang. Kalau bab duit, tak kira sapa bagi, tetap sapu dengan tersenyum.
Mungkin Presiden Perkasa juga susah nak mencari warna sampul angpow ni. Maklumlah dah dekat nak PRU. Pakai sampul merah, nanti kata sokong UMNO, pakai sampul biru nanti kata sokong BN, nak pakai sampul hijau, nanti takut PAS marah, nak pakai sampul kuning, nanti kata sokong BERSIH. Serba tak kena.
Kalau nak sensitif sangat hanya kerana warna sampul, pemimpin-pemimpin Cina yang sibuk mempertikaikan keikhlasan Perkasa tu lebih elok ajar dulu orang Cina bagaimana nak hormati sensitiviti orang lain.
Pernahkah pemimpin Cina tersebut menegur bagaimana kurang ajarnya anak buah mereka membakar mercun ketika jam 1.00 pagi. Tak perlu dipertikaikan tentang kesalahan dari segi undang-undang. Cuma adakah sekelumit hormat pada jiran-jiran yang punya anak kecil dan anak kecil mereka terjaga terperanjat dek bunyi mercun pada awal pagi? Berapa ramai Melayu yang tak dapat tidur kerana Cina yang raya? Ada Melayu kisah? Berpada-pada untuk mempolitikkan sesuatu!
3 comments:
Kalau rasa terhina dengan sampul putih kenapa ambil...tolak saja dgn baik kan elok! Sekurang2nya yang memberi tahu bahawa caranya tak betul.
HAHA YG AKU HAIRAN SANGAT TUR...SAMPUL TETAP MASUK POKET DORANG JUGAK...MMG BABI TOL DORANG NIH..
Sangat-sangat dan sangat-sangat sensitif sampul putih ni. Orang Melayu kena ambil tau hal hal sebegini.
Apabila kita bagi sampul putih seolah-olah kita kata "Semoga anda mati". Tolonglah fahami adat-aat orang lain. Bagi orang Cina kematian ialah sesuatu yang amat membawa kesialan. Nilai hidup ialah tertumpu pada duniawi dan kematian itu ialah sesuatu bencana. Bagi orang Islam kematian ialah sesuatu yang kita dakap dan suatu perkara yang bukannya buruk pada kita malhan kematian boleh menjadi Rahmat.
Untuk perbandingan kalau di pengkebumian orang Melayu misalnya Jenazah di sepak. Atau di majlis Kahwin Nasi minyak kita kencing dulu lepas tu beri orang makan. Macam tulah seinsiftinya sampul putih ni.
Kalau ikut style dulu-dulu kalaulah orang cina sendiri beri sampul putih katakan di majlis harijadi orang cina yang lain boleh berperang dibuatnya.
Pada saya PERKASA sudah membuat silap besar.
Kalau sengaja di lakukan seolah-olah mengistiharkan perang pada orang Cina di sambutan hari kebesaran mereka.
Kalau tidak sengaja bermakna Perkasa sangat bodoh sanagat lalai sangat alpa dan mungkin ALlah nak tunjuk jangan sombong sangat. Adat-adat orang Cina termasuklah sampual puti ini saya belajar waktu saya sekolah rendah dahulu lagi tentang adat-adat orang Cina ni. Jangan kata Ibrahim tidak tau sebab umur beliau dengan saya beza 15 tahun lebih kurang. DI sekitar lewat 1970an dan 1980an dahulu diwaktu sekolah rendah ada pelajaran yang dinamakan "TATARAKYAT". Di situlah saya belajar adat-adat orang Cina dan bangsa-bangsa lain. Kalau saya ingat kenapa IBrahim ALi tak ingat?
Jangan lupa isu SUpermarket di Taiping mengenai pengendalian daging babi pekerja-pekerja Islam ? Ingat apabila orang Melayu naik marah mengatakan mereka tidak sensitif kepada keperluan orang Melayu dan ISlam? Bagaimana Perkasa pun turut serta dalam isu ini?
Nah sekarang Allah dah tunjuk semua orang boleh jadi tidak sensitif.
Saya bercakap sebagai orang Melayu saya hairan kenapalah orang Melayu tidak mau ambil tau hal-hal yang sebegini. Kita kata orang mesti sensitif dengan kita tetapi kita buat tak tau je hal orang lain.
Post a Comment