Korang kenal tak insan kat atas ni? Mungkin ramai yang tak kenal. Dia ni baru berjinak-jinak dengan PAS setelah berpuluh tahun duduk dalam tentera. Cita-cita nak jadi Ahli Parlimen Tenggara, kalau tidakpun setakat ADUN Pasir Raja.
Ni lah dia Lt. Kol (B) Mohd. Nazari Mokhtar. Presiden KERABAT. NGO ataupun NGOK pro PAS. Asal dari Felda Bukit Besar. Dah 17 tahun aku jadi menantu orang Bukit Besar, arwah bapak dia orang kampung setakat panggil Wak Mokhtar aje. Nazari balik Bukit Besar dan buat rumah besarpun, orang setakat tau dia bekas askar aje.
Tetiba hari ni Harakah dek kerana dia Presiden KERABAT (Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera), telah menaikkan taraf Nazari dari Lt Kol kepada Kol dan dari orang biasa kepada Tengku! Tak pernah pulak aku dengar keluarga dia kerabat Tengku kat Felda Bukit Besar ni. Anugerah dari Harakah kot, atau Harakah tu menyindir suruh Tengkiu kat kerajaan!!!
Sumber di SINI |
6 comments:
Hello bro;
Mamat nilah yang ayah saya tegur kalu nak sibuk-sibuk uruskan ladang blok 2 dan 5 ko ada 500k? Kalau tak de duit banyak mcm tu tok sah cerita nak urus ladang peneroka. Terus terkedu lt. kol (b) Nazari Mokhtar ni.
Dia ni mula-mula pencen tentera, sibuk gek dengan UMNO. Tak sabar2 sampai nak cantas ketua pemuda bahagian. Tapi bila dia rasa tak boleh nak pergi ... tu yang dia bergiat aktif dengan PAS. Pulak tu PAS memang mengalu-alukan sesiapa yang berpangkat dlm kerajaan masuk PAS. Senang sikit nak hentam kerajaan semula.
Dia nilah juga yang sibuk edarkan borang permohonan tanah FELDA yang kononnya dimiliki oleh FELDA Plantation. Ayah saya pun pening ... entah tanah mana yang FELDA nak beri. Kebetulan ayah memang lama menguruskan hal ehwal blok dan memang banyak tahu perkara yang berkaitan FELDA.
So Tuan Tenggara, ko layan ajelah cerita mengarut dia ni. Macam perasaan bagus sangat. Tapi dia ni tak berani nak buka gelanggang di FELDA sendiri. Tu yang meracau di FELDA orang lain.
-jln. ledang ke kg.gelam-
Ini bagus punye orang la bro,, nk cakap orang cermin diri,, dulu die orang kuat BN(xslh aku la), skng dah BN makin bnyak ketirisan xde pilihan lain, berjuang dgn pas.. lu jgk yg ckp lt.kol nazari ni dalam tentera berpuluh tahun.. rumah besar kan.. duit dah banyak buat ape lg nk berpolitik? makan pencen lagi sedap ribu riban.. org pun xmengata.. tp die pilih tuk perjuang nasib tentera,, aku respect kt die ni..
lantak ko lah nak respect, aku tak pakai dan tak respect mamat ni!
Assalammualaikum saudara..
Actually insan kt gambar atas ni la yg patut dihormati kt kg. Felda Bukit Besar tu,drpd saudara,apa pun xde..Tau mengutuk orang ade la..
bawak2 la bukak mata tu cket,kaji yg mane betul dan mane yg salah..
jgn dok sokong BN tu hanye kerana tradisi bapak saudara je..
Hello bro;
Mamat nilah yang ayah saya tegur kalu nak sibuk-sibuk uruskan ladang blok 2 dan 5 ko ada 500k? Kalau tak de duit banyak mcm tu tok sah cerita nak urus ladang peneroka. Terus terkedu lt. kol (b) Nazari Mokhtar ni.
Dia ni mula-mula pencen tentera, sibuk gek dengan UMNO. Tak sabar2 sampai nak cantas ketua pemuda bahagian. Tapi bila dia rasa tak boleh nak pergi ... tu yang dia bergiat aktif dengan PAS. Pulak tu PAS memang mengalu-alukan sesiapa yang berpangkat dlm kerajaan masuk PAS. Senang sikit nak hentam kerajaan semula.
Dia nilah juga yang sibuk edarkan borang permohonan tanah FELDA yang kononnya dimiliki oleh FELDA Plantation. Ayah saya pun pening ... entah tanah mana yang FELDA nak beri. Kebetulan ayah memang lama menguruskan hal ehwal blok dan memang banyak tahu perkara yang berkaitan FELDA.
So Tuan Tenggara, ko layan ajelah cerita mengarut dia ni. Macam perasaan bagus sangat. Tapi dia ni tak berani nak buka gelanggang di FELDA sendiri. Tu yang meracau di FELDA orang lain.
-jln. ledang ke kg.gelam-
sudahlah kau eton. . jadi balaci Umngok buat ape.. kutuk, fitnah orang sane sini dapat ape.. ade untung ke? kalo ade kongsi la sikek. .
Nak berjuang mendapatkan pembelaan tak mesti ikut telnjuk UMNO ...kalau berpuluh tahun dlm UMNO cuma nak penuhkan poket sendiri.
Buat apa!! KERABAT ini berjuang utk menyuarakan hasrat dan nasib ribuan bekas tentera..baguih le tu..kita pun dah ada MBF, GPW, GFM dan lain2 seumpamanya sebagai NGO yg menyuarakan pandangan dari akar umbi..Veteran tentera ada hak bersuara..jgn halang dia..kita kena sokong..Ramai veteran yg hidup menumpang dgn mak ayah dirumah pusaka, nak mintak tanah dari siapa..Tanah Genersi Felda tak dilayan pun..sebab bukan kroni ketua Kampong..nak bodek Wakil rakyat, bukan watak tentera cari makan macam tu..Nak kerja dah berumur dan berebut dgn graduan @ Mat Nepal..Anak membesar, belanja mahal dok di Malaysia..semua nya mahal gila..yg free angin je..siapa nak peduli nasib veteran Askar ni..Elok bebeno Ltn Kol nazari berjuang bagi pihak bekas sojar..ramai diorang dalam kawasan kampung dan Felda akan menyokong kamu.. Yg dengki tu..jgn dilayan sangat..Bekas sojar ni ramai Melayu dan Islam..kita akan sokong dia orang
dari Gurka Jawa
Post a Comment