TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, February 9, 2012

BUDAK TENGGARA TAK NAK JADI MACAM ADAM ADLI

Tengahari tadi, aku tengok bukan main sibuk lagi kat depan Sek. Men Sultan Alaudin, Felda Bukit Besar. Aku ingatkan bebudak sekolah dah pandai buat tunjuk perasaan. Rupanya ada kunjungan dari peserta program Aman Kampus.

Peserta program berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan membuat program di Sek Men Sultan Alauddin dan satu kumpulan lagi membuat program di PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Felda Bukit Besar.

Bersemangat orang Tenggara terutamanya dalam DUN Pasir Raja. YB Adham Baba dan juga unit Seranta Felda Wilayah Johor Bahru turut hadir. Mereka bangga dengan usaha anak-anak muda ni berkunjung untuk menyedarkan generasi muda dengan nasihat-nasihat yang berguna.


Adham Baba sewaktu berucap mengingatkan para pelajar agar  apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke menara gading nanti, jangan terikut-ikut dengan perangai segelintir pelajar yang terlalu inginkan kebebasan hingga seolah-olah ingin kembali ke zaman undang-undang rimba.

Di PDK Felda Bukit Besar, mereka menghiburkan insan-insan kelainan upaya. Orang kelainan upaya ni cukup seronok kalau mendapat kunjungan.






No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI