TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, February 5, 2012

MALU...MALU BESAR BUAT MAZLAN ALIMAN




Inilah yang dikatakan bodoh tak boleh diajar. Pengalaman yang lepas tak dijadikan iktibar. Akhirnya sendiri yang malu.

Malam tadi, Mazlan Aliman nak tunjuk kehebatannya di Felda Sungai Sayong. Dijemputnya nama-nama besar dalam PAS. Salahudin Ayob dan Dr Rosli berceramah di Dataran PAS Felda Sungai Sayong. Dataran ni letaknya bertentangan dengan masjid.

Dulu masa dia jemput Bob Lokman, orang Felda Sungai Sayong dah marah sebab berlaga speaker dengan masjid yang menyambut Nisfu Syaaban (sini). Malam ni pulak dia jemput ceramah berlaga dengan program Maulidurrasul.

Mungkin orang Felda Sg Sayong dah menyampah dengan manusia yang tak reti bahasa ni, maka program di masjid dilewatkan dan bermula kira-kira jam 9.15 malam. Maka berbunyi aje speaker masjid, orang PAS dah gelabah. Hingga pukul 9.45 malam, yang hadir ada le kira-kira 30 orang termasuklah yang berjualan.

Mungkin tak tahan nak berlawan dengan speaker masjid, maka terpaksalah Mazlan membawa penyokong PAS, Salahudin dan Dr Rosli berpindah tempat. Last-last berceramahlah mereka di tempat basuh kereta di persimpangan Felda Bukit Besar dan Felda Pasir Raja. Mungkin malu agaknya dengan Salahudin dan Dr Rosli, entah dari mana Mazlan impot orang, kat tempat baru ada le kira-kira 60 orang yang hadir, itupun termasuk aku dan suku sakat aku yang suka menyakat PAS.

Isi ceramahnya sama aje, tak puas hati dengan Felda. Jadi aku harap dengan kejadian malam ni, Mazlan tau dan sedar diri le bahawa masyarakat Felda sebenarnya tak puas hati dengan dia dan PAS, bukannya tak puas hati dengan Felda.

Terlanjur dah berceramah kat tempat basuh kereta tu, maka basuh le sekali otak tu biar bersih.

7 comments:

Anonymous said...

Salam....

Saudara blogger, sy antara org yg tinggal di Bdr Tenggara. sy mengikuti perkembangan politik khususnya di kaw.Felda..Sy mengagumi saudara yg berterusan mendedahkan tentang strategi PR khususnya Mazlan Aliman menghasut peneroka Felda..Diharap saudara dan rakan-rakan dpt meneruskan perjuangan di dunia maya dan dunia realiti utk memastikan penghasut Felda ini tidak akan mampu merosakkan keharmonian Felda..

Kpd peneroka Felda igtlah jasa dan peranan Felda membantu anda semua..

Berikan undi anda kepada UMNO...

Anonymous said...

60 pun wes ora opolah janji teko. Ngonolah PAS. bukane opo. ora kenek rame2. mengko kebeq banget!

Hamdan kacamata said...

bila ada ceramah, Umno cepat2 buat prog maulud ke, nisfu ke tak bagi orang dengar ceramah pakatan,tindakan mazlan pindah lokasi adalah terbaik bagi mengelakkan pertembungan.

Ceramah tak ramai itu biasa bagi PAS dan pakatan, yang penting maklumat sampai ke sekitar.

Anonymous said...

time pas nak wat ceramah time tulah UMNO totok nak buat program...

Anonymous said...

Mazlan Aliman tu orang Bk Ramun yg telah lama bergelumang dengan pahit getir kehidupan...Perjuangan dia bukan untuk kepentingan diri..dia hidup pun lekeh je..tapi keberanian dia ni luar biasa..org kampong yg bijak dan tidak terleka dgn janji kosong BN..Kita sokong sangat penyangak di FELDA tu buat apa...cukup2 le jadi pak angguk membodek tak tentu hala ...Rugi ke kalau sokong perubahan...

praha2 said...

eden ingat oran pas homatkan masjid? rupo nyo nak peramaikan majlis. padan muko. tu alasan yang dio dapet.
rumah Allah tak mau dihormati nampaknyo rakyat dah faham dah. usah lah berceramah lagi oran tak mau dongar dah corito karut marut tu.
syabas oran Felda eden tabuk you.

Anonymous said...

CERAMAH PAS DAN PKR DAH TAK LAKU LAGI!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI