Tengok tu, berpusu-pusu orang kat Felda Pasir Raja. Hampir 700 orang. Dia orang tu cari Mazlan Aliman ke? Semuanya dari kawasan Felda yang berhampiran dalam DUN Pasir Raja.
Gambar kat atas tu baru yang bersepah kat luar. Belum lagi yang kat dalam dewan. Perghhh, dia orang dengar Mazlan Aliman temberang ke?
Maaflah yee...orang DUN Pasir Raja tak kebulur nak dengar temberang Mazlan Aliman. Yang hadir kat atas ini ialah sebahagian para penerima BR1M bagi DUN Pasir Raja. Rata-rata yang hadir ni ialah generasi kedua Felda sebab mak bapak dia orang semuanya dah senang lenang hasil pertolongan Felda. Income dah tujuh lapan ribu sebulan, dah tak layak lagi untuk BR1M. Berjaya sungguh usaha Felda. Kalau kat kampung-kampung tradisional, yang hadir sama banyak antara yang muda dan yang tua.
Aku cari-cari juga kelibat Mazlan Aliman. Ye le, aku tau le, kat sini dia bukannya ada kebun atau kerja. Kot-kot dia dapat BR1M. Tak nampak pulak batang hidungnya. Agaknya Mazlan dah banyak duit sekarang ni, mungkin dapat sponsor besar agaknya, setakat RM500 Mazlan dah tak pandang lagi.
Majlis yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique bersama dengan Ketua UMNO Tenggara, Datuk Baderi Dasuki. Pada majlis ini, seramai 401 orang menerima BR1M mereka. Aku tengok muka yang dapat tu, bukan main ceria lagi. Aku juga yang sedih, tak dapat sebab income terlebih RM1 aje!
Menurut Tok Limah, sehingga kini, seramai 9632 orang pemohon BR1M diluluskan bagi Parlimen Tenggara dan sebahagian besarnya telah menerima bantuan tersebut yang telah diagihkan semenjak 15 Januari yang lepas. Manakala yang belum menerima, akan dapat sebelum 23 Februari ini.
Dalam pada tu sempat juga aku mendengar soksek-soksek mereka berkaitan penyenaraian FGVH ni. Nampaknya marah benar mereka kat Mazlan. Sesetengah dari mereka dah mengumpulkan duit adik beradik sebab nak beli saham nanti sebab yakin akan memberi keuntungan yang baik. Bagi mereka, Mazlan kalau tak ada duit nak beli saham, janganlah busuk hati dan dengki dengan mereka yang nak melabur.
Apapun selain ucapan terima kasih kepada kerajaan BN yang sudi berkongsi kekayaan negara, syabas juga diucapkan kepada kakitangan BSN yang tak sampai seminit dapat menukarkan kupon BR1M kepada tunai. Kalau le kat bank macam ni punya cepat, kan ke bagus!!!
No comments:
Post a Comment