"Jika kita libatkan orang muda secara intelektual, mereka akan faham (perjuangan BN)," kata Tun Daim pada majlis TUN Daim Bersama BN Lembah Pantai malam tadi.
Aku sokong sangat pandangan orang lama kita ni. Pemimpin-pemimpin BN kena lebih mesra dan jinak dengan orang-orang muda. Buatlah program yang boleh mendekatkan diri dengan orang muda. Ini kerana kalau dilihat kebelakangan ini, kebanyakkan program dan ceramah kumpulan Pakatan, kehadiran majoritinya adalah golongan muda.
Mungkin mereka sekarang seronok untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan politik semasa. Namun sekiranya BN leka dan tiada tindakan susulan, berkemungkinan sahaja pemikiran dan kepercayaan golongan muda ini boleh terlekat dengan apa yang diperkatakan oleh puak Pakatan.
Bagaimanapun kaedah dan cara mendekati itu perlu betul. Sekarang bukan zaman orang heran dan kagum lagi. Sekarang zaman orang akan meluat kalau berlebih-lebihan. Maka, dalam mendekati golongan muda tu, perlu membataskan diri. Kalau jumpa Mat Motor, jangan le datang dengan Goldwing, kalau berkonvoi, jangan le yang datang dengan Q5, CLS dan sebagainya. Persepsi orang muda sekarang banyak yang dah serong. Walaupun sesetengah ahli politik ada usaha perniagaan yang amat berjaya, tetapi kalau datang dengan menunjuk-nunjuk, datang dengan helikopter, tetap dikatakan hasil dari memeras keringat rakyat.
Mungkin....mungkin agaknya kerana pemimpin adalah "wakil rakyat" dan mereka beranggapan rakyat adalah "tuan wakil", maka "wakil" jangan le berlebih-lebihan dari tuan. Kalau berlebihan, mereka anggap apa yang lebih tu adalah hak mereka yang tak sampai kepada mereka. Apapun itu adalah pandangan peribadi penulis.
No comments:
Post a Comment