Patut le puak Pakatan beria-ia benar nak menghalang penyenaraian FGVHB. Rupanya mereka menghalang bukan kerana nak tolong peneroka Felda, tapi nak tolong penyokong mereka. Nampaknya Mazlan Aliman yang beria-ia tu dah jadi pengkhianat kepada para peneroka sedia ada.
Benda busuk memang tak boleh disembunyi. Mulanya hairan juga, kenapa isu penyenaraian FGVHB ni sampai Nuar Berahim pun berminat. Akhirnya terjawab juga hari ini. Cuba fahamkan betul-betul maksud kenyataan Husam Musa ni;
Artikel penuh boleh dibaca di SINI |
Sekarang siapa sebenarnya nak mengkhianati orang Melayu atau khususnya peneroka Felda? Kerajaan Pakatan nak ambil semula tanah yang dah dikurniakan kepada Felda Plantations. Kalau mereka ambil semula, apakah gantirugi yang akan dibayar kepada Felda Plantations? Kelantan bukannya ada duit. Kalau dah tak ada tanah, bagaimana KPF nak bayar dividen dan keuntungan kepada para peneroka? Sedangkan tanah yang nak diambil tu dibangunkan dengan modal yang sama-sama turut dikeluarkan oleh peneroka melalui KPF.
Siapa peneroka baru yang beruntung tu nanti. Tanah Felda Plantations semuanya dah mengeluarkan hasil. Tentunya puak-puak yang menyokong Pakatan. Dengan itu para peneroka akan melopong. Ada saham KPF tetapi tiada hasil. Begitulah kejinya perancangan puak-puak Pakatan.
Berbeza dengan apa yang dirancang oleh kerajaan. Dengan penyenaraian FGVHB, maka segala keuntungan yang diperolehi akan diagihkan kepada pemegang saham dan tentunya peneroka yang memegang saham melalui KPF yang akan menikmatinya. Lagi banyak saham, lagi banyak le untungnya. Sepatutnya kalau Pakatan ikhlas nak tolong peneroka, mereka patutnya menggalakkan peneroka menabung melalui pembelian saham, bukannya merampas aset yang mendatangkan hasil kepada pemegang saham KPF.
Untuk menjayakan misi mereka, para peneroka sentiasa disogokkan dengan cerita-cerita kegagalan. Kenapa mereka tak mengambil iktibar dari penyenaraian saham TH Plantation dahulu. Lihat di bawah ini;
Artikel penuh boleh dibaca di SINI |
Mengapa cerita kejayaan ini tidak diwar-warkan. Bukan ini sahaja, banyak lagi. Kepada yang menyokong perjuangan Anak ingatlah, perjuangan mereka adalah untuk merampas apa yang dimiliki oleh peneroka Felda pada masa ini, bukannya untuk menambah. Kalau Pakatan memerintah, tanah-tanah di bawah Felda Plantation akan dirampas dan diagih-agihkan dan penyokong mereka akan menjadi peneroka baru dengan kebun yang telah mengeluarkan hasil. Anak-anak peneroka belum tentu lagi akan dapat bahagian dalam agihan tersebut. Dengan hilangnya aset tanah di bawah Felda Plantation, maka begitu jugalah hilangnya nilai saham KPF. Maka kepada para peneroka, ingat.... jangan salah congak!
1 comment:
diorang ikut Ladang Rakyat, orang pas je yg dapat duit itu pun 200 setahun, yg lain cina singapork yg sapu.
Post a Comment