TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, February 28, 2012

PAS AKAN LELONG JAWATAN PEMIMPIN KEPADA BUKAN ISLAM


Ada sesiapa yang heran dengan kenyataan Dr Dzul ni? Bagi aku, tak ada yang herannya. PAS pun dah ketandusan pemimpin. Tu sebab sampai yang dah tak larat nak berjalan pun masih lagi kekal dalam jawatan.

Kalau bab lantik bukan Islam sebagai pemimpin kanan pun aku tak heran. PAS dah bukannya Parti Islam SeMalaysia, tapi sekarang PAS dah jadi Parti Adat dan Sosial. Cuma PAS masih malu-malu lagi nak buka terus keahlian kepada bukan Islam. Selama ni pun, pemimpin PAS ditazkirah oleh Kit Siang, Karpal Singh dan Nuar Berahim. Jadi kalau setakat nak lantik bukan Islam sebagai pemimpin, rasanya memang pengikut PAS tak kisah. Apa yang penting ialah matlamat untuk mendapatkan kuasa berjaya. 

PAS cuma mahu nama PAS diwar-warkan sebagai peneraju sekiranya memenangi PRU, tetapi siapa yang memegang tali tindik di hidung mereka, PAS tak kisah. Untuk 'nampak berkuasa', PAS sanggup gadai dan jual apa sahaja.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI