TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, February 28, 2012

TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN WWW AKAN DIBUKA

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, nombor pendaftaran kenderaan siri WWW akan mula dibuka mulai 30 April depan dan ditutup pada 14 Mei 2012. 

Menurutnya, nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.


JPJ Wilayah dilaporkan telah menerima banyak pertanyaan mengenai nombor pendaftaran tersebut kerana ia mungkin membawa maksud "World Wide Web".


Blogger-blogger ada ke yang mengidam nombor pendaftaran tersebut? Camna pun rasanya WWW 69 tentu akan ditender dengan harga yang tinggi oleh Nuar Berahim. Maklumle, 69 tu pusing ke, tertonggeng ke, serupa je!

Kepada yang berminat, borang tempahan boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI