TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, February 3, 2012

PATUT LE POK NIK KERAP MENANGIS

Kelako...kelako. Patut le Pok Nik kerap menangis. Rupanya Pok Nik dah lama tak nak jadi wakil rakyat, tapi kena sergah dengan PAS Kelantan. Kira-kira Pok Nik ni berkhidmat macam terpaksa le. Ikhlas tak ikhlas tu, wallahu a'lam.

Itu le KONONnya rahsia yang Pok Nik ceritakan pada pengikutnya. Kalau betul, memang le Pok Nik ni penakut, tak boleh buat keputusan sendiri dan tak tau nak pilih sendiri arah tujuan hidup. Baru kena sergah dengan PAS Kelantan aje, Pok Nik dah terkedu. Patut le bila Nuar Berahim jeling, Pok Nik terus terkencing.

Camna pun, temberang Pok Nik tu langsung aku tak percaya. Sebenarnya dia dah kemaluan dengan Hadi Awang yang dah tak nak bertanding, tapi Pok Nik kepingin lagi, masih belum puas. Maka terpaksa le buat cerita, mintak simpati. Mana boleh bersara....kalau nak bersara pun sekurang-kurangnya bila dah terbina megah satu tugu peringatan Pok Nik di Kelantan. 

Entah le Pok Nik oiii, sedar le sikit, jangan sampai pengikut jadi terlalu taksub, nanti mati pengikut buatkan patung jadi tokong. 


6 comments:

Anonymous said...

Dataran Ilmu! Sedap dengar nama tu ...

Tapi masalahnya, semua ilmu yg diajar adalah cara2 utk menipu, membohong dan meminta simpati pengikut2 yg taksub. Begitulah adanya ...

Anonymous said...

nampak sgt si tua kutuk ni masih tak puas2 dgn glamer & kuasa yg ada pada dia lebih 40 tahun.. sampai mampos lah gamaknya dia ni nak pegang kuasa..

Dot said...

TiS,

"Nik Aziz berkata beliau akan melancarkan pungutan tabung bagi membantu masyarakat Islam Thailand yang menjadi mangsa pembunuhan pihak berkuasa negara itu.

Katanya beliau akan mengumpul kutipan itu melalui sumbangan wang rakyat dan tidak akan menggunakan wang kerajaan. Bernama"

alahai n.ajis!! wang kerajaan tu pun wang rakyat la!! dah kamu kutip cukai dari rakyat, nak derma ke thailand, kamu kutip lagi duit dengan rakyat? betul ka kerja buat kamu ni wahai MB tertua?

inilah yg orang kata cukai dua kali ni!!!

kesian rakyat kelantan yg asyik kena hulor ke MB tertua ni! dia nak buat baik tp atas titik peluh rakyatnya sendiri yg dia sepatutnya bagi lebih banyak bantuan daripada rakyat thailand tu supaya rakyat kelantan tidak menganggur @ menerpa keluar menjadi kerja di negeri2 lain!

Dot said...

inilah wajah sebenar n.ajis! semua perkara dia nak sandarkan alasan kepada orang lain!! sedangkan jika diukur dgn kebolehannya memimpin, memang zero! dia hanya memperkudakan pengikut2 pas utk memenangi kelantan. selagi n.ajis wujud, selagi itulah pas kuat di klate. ramai orang kelantan akui hakikat ini. sbb tu n.ajis berani menggunakan alasan ini utk terus duduk di kerusi MB!! selain dari itu...kosong!!

Anonymous said...

Masa Tun Mahadzir nak berundur dahulu pon semua ahli-ahli UMNO tak beri beliau berundur. Tapi Tun tetap dengan janjinya dan terus berundur, yang anehnya Nik Aziz tak nak berundur kerana PAS Kelantan tidak benarkan? Tapi atas faktor usia, kesihatan(dah berapa kali masuk keluar Hospital) namun masih mahu mengekalkan kuasa itu.

Aku rasa elok juga Nik ajis tidak melepaskan jawatan MB itu terlebih dahulu, biar pilihan raya ke13 menentukan kedudukannya. Biar PAS tumbang di tangan murshidul am mereka sendiri.

UMNO tak payah desak Nik Ajis meletakkan jawatan kerana selagi mulut Nik Ajis ini masih bersuara dengan berbagai kenyataan lagi bagus kerana kebanyakan kenyataannya boleh menguntungkan UMNO dan BN.

Biarlah Bulan Berbicara

Warga Sebelum Merdeka

cacamarba said...

kesian tuan guru..ptt bersara lama dh tp PAS Kelantan mmg xdak ati perut paksa org tua keje lebih umoq.PAS Kelantan harus bertaubat (sbb x hormat org tua)..hahaha

ARTIKEL HANGAT BULAN INI