TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, February 16, 2012

PENASIHAT YANG PUNAHSIHAT

Kengkadang aku kesian dengan kerajaan BN yang aku sokong ni. Banyak dasar-dasar yang hendak dan dibuat mendatangkan kebaikan untuk rakyat. Dasar untuk memberi keselesaan dan kesenangan untuk rakyat.

Masalahnya ialah apabila tiba kepada implementasi. Entah siapa le yang jadi punahsihat yang pandainya empang-empang alang tu. Terbaru berkaitan dengan subsidi terhadap barang makanan kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung.

Siapa le yang menasihatkan agar digunakan logo 1M tu. Bukan tak boleh untuk meletakkan sebarang penandaan terhadap bungkusan barangan tersebut. Tetapi memilih logo 1M hanya akan menjadikan isu pemberian subsidi sebagai isu politik kepartian walhal niat asalnya merupakan sebagai satu tanggungjawab murni kerajaan yang memerintah.

Meletakkan logo 1M hanya akan menyebabkan pihak pembangkang mengaitkan isu subsidi ini dengan DS Najib dan UMNO. Sinonimnya 1M dengan DS Najib dan UMNO adalah sebagaimana sinonimnya  IMF dengan Nuar dan tabung buluh dengan Nik Ajiz. 

Bila subsidi diberikan ketika DS Najib menjadi PM, rakyat umum tahu bahawa ianya adalah inisiatif kerajaan BN. Boleh sahaja ditanda pada bungkusan barangan tersebut dengan lambang jata Malaysia, KPDNK atau lain-lain yang lambangnya melambangkan autoriti dengan ayat penegasan bahawa barangan tersebut telah disubsidi harganya. Nasihat yang salah beginilah yang menyebabkan niat murni kerajaan dimomok-momokkan.

Bilamana penggunaan lambang yang tidak berautoriti ini dijadikan bahan politik dan dipergunakan pula oleh segelintir peniaga yang berkeras kepala, maka niat memberi subsidi tersebut tidak akan sampai kepada rakyat. Harus diingat, bagi pengilang dan pembungkus, samada ianya bersubsidi atau tidak, margin keuntungan mereka tetap sama. Akhirnya kerana kedegilan mereka untuk tidak menggunakan lambang yang tidak berautoriti tersebut, rakyat tidak dapat menikmati subsidi yang diperuntukkan.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI