TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Sunday, February 12, 2012

SAH PAKATAN JOHOR BERGOLAK; DAP PULAUKAN MAJLIS NUAR

Patut le majlis rumah terbuka CNY PKR yang diadakan di Sutera Mall, dalam DUN Skudai semalam hambar. Cuma mengharapkan pengunjung ke pusat beli belah tersebut aje yang singgah. Walhal yang menganjurkannya PKR dan yang hadir bukan calang-calang, Nuar Berahim, Jui Meng dan Din Pudu! Rupanya DAP Johor memulaukan rakan-rakan mereka dalam Pakatan. Pengerusi DAP Johor yang merupakan ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau juga tak hadir.


Bila rumah terbuka  CNY pun mereka tak hadir, maka lain-lain majlis Nuar kat Johor semalam turut dipulaukan. Kalau Nuar Berahim pun mereka tak heran, maka Pakatan kena le pikir dua tiga kali sebelum nak berkokok kat Johor ni. Bukan sekali DAP Johor memulaukan majlis anjuran PKR, dah berlaku beberapa kali juga. Nampaknya DAP Johor tak sanggup nak menjilat Nuar.

Kalau DAP pun dah tak sanggup nak bersekongkol dengan Nuar, dah tak percaya dengan Nuar, maka orang-orang Melayu kat Johor ni harap terbuka le biji mata tu. DAP bukan kata nak dengar apa yang Nuar cakap, nak jengah majlis Nuar pun tak mau. Hina betul Nuar pada DAP. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI