TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, February 12, 2012

TANDA BESAR PRU 13 DAH SEMAKIN HAMPIR


Kalau benar seperti apa yang dilaporkan oleh MKini, bahawa antara agenda pertemuan DS Najib dengan DYMM Sultan Johor pada petang ini ialah berkenaan dengan calon MB Johor, maka sangat jelaslah bahawa PRU 13 tersangatlah hampir.


Ini kerana kalau dilihat kepada peristiwa-peristiwa yang lepas, soal mendapatkan perkenaan istana siapa yang bakal menjadi MB Johor merupakan agenda terakhir PM sebelum membubarkan parlimen.

Sekiranya benar pertemuan tersebut adalah berkaitan calon MB Johor yang akan datang, diharapkan agar DS Najib tidak akan mengambil sikap berdiam diri dengan membiarkan para penyokong berteka teki. 

Diharapkan agar kali ini DS Najib akan dengan bangganya mengumumkan calon MB Johor agar rakyat dan pengundi dapat memberikan reaksi awal sebagaimana PAS dan Pakatan dengan bangganya mengetengahkan Chua Jui Meng dan Salahuddin Ayob. 

Apa yang jelas ialah sekiranya Dato' Hj Abd Ghani Othman rela mengundurkan diri, akan nampak kegembiraan di peringkat akar umbi tetapi akan menimbulkan banyak kegelisahan di peringkat pimpinan. Maka kerana itulah elok ditunjukkan calonnya dengan lebih awal lagi kerana dalam suasana sekarang, bukan sahaja perkenan Istana, malah penerimaan rakyat dan pengundi juga penting. 


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI